Khamis, Oktober 25, 2012

RAYE AJI....

assalammualaikum....

Farah ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha
kepada semua rakyat Malaysia...

balik kampung tu memandu hati-hati..
farah..?
urmmm...
Farah masih lagi di rumah ayah
kat Lembah Jaya Utama,Ampang...

Tunggu ayah habis kerja 
barulah Farah boleh berangkat
pulang ke rumah ibu di
Bahau,N.Sembilan...

Kawan-kawan ini ada sikit info 
tentang Hari Raya yang bakal kita sambut 
pada esok hari..
InsyaAllah...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
  
Hari Raya Aidiladha dalam hadis
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Rujukan :::  Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


p/s ::: Semoga info ini dapat menambah lagi pengetahuan kita semua...Mohon maaf pada semua andai ada kata-kat yang menyinggung kalbu...Selamatttt hari rayeeee....tata...;)


~ S.a.Y.@.N.g ~

Isnin, Oktober 22, 2012

Al- Fatihah

Assalammualaikum...


Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua
 ibu bapa kita tak kira mereka masih
 hidup atau telah meninggal dunia
 nescaya luas pintu rezeki kita.. 
Amin..



p/s ::: 22 oktober,hari ni genap 16tahun, nenek Farah sebelah ibu Khadijah Yahya "pergi" ke dunia nan abadi...sayang terlalu merindui mak,,,:(
blog ni Farah abadikan kenangan bersama mak...
16 oktober yang lalu genap 6 tahun nenek Farah sebelah ayah Hajah Sarom Yahya "pergi"...rindu pada kedua2nya...hanya Al-Fatihah jadi pengubatnye...



~ S.a.Y.@.N.g ~

TENTANG SEORANG AYAH

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tap

i tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.

 Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

p/s :::: Teringat masa adik ketiga Farah nak nikah..ayah Farah yang berjabat tangan dengan adik Ipar Farah..masa tu rase nak menanggis sebab jangkaan Farah ayah akan pass tugasan nye itu pada imam..sebab keadaan ayah Farah tak mengizinkan untuk Ayah duduk bersila...tapi kuasa Allah mengatasi segalanya...syukur tak terhingga padaNya..

~ S.a.Y.@.N.g ~

BULAN ZULHIJJAH


Assalammualaikum.....



Amalan Puasa Bulan Zulhijjah

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping 
memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, 
digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di ma
lam Lailatulqadar.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang le
bih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam 
hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam
 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu
 menyamai puasa setahun dan qiamulail
 (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama
 qiamulail setahun.”

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,
 Rasulullah SAW bersabda:
 “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain
 yang lebih disukai daripada hari-hari ini
 (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).”
 (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari
 Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW: 
 “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa 
sembilan hari di awal bulan Zulhijjah,
 di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang 
pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” 
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Rasulullah SAW bersabda:
 “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian
 kebaikan dalam hari-hari sepuluh,
 jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah 
sebab ia mengandungi kebaikan
 (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang
 dapat dihitung oleh ahli hitung.”
 (Riwayat Abu Dardaa.)

Generasi Jutawan Iman & Taqwa


~ S.a.Y.@.N.g ~

warna warni

assalammualaikum..
lama dah Farah tak jenguk sini...
tiap2 hari teringat nak menaip
tapi kesihatan tak mengizinkan
mata jadi pedih bila ngadap pc lame2..
urmm

hari ni pon tak sihat
biasa lah perempuan bile tibe waktu nye
harus lahhh dapat cuti semester tiap bulan kann
huhuuhu

actually Farah nak luahkan rase hati
oleh kerana Farah sedang kesakitan
jd tempat Farah ada di atas katil yg ak berapa nak empuk
ni...hehehhe
b'syukur lah Farah oiii...;)

dah dua hari berkurung je dalam bilik
umah tak terurus..
tadi bile dah lega sakit ni..
Farah keluar g sidai baju 
terasa menyesal pon ada sbab terlalu ikut kan kesakitan ni
tetibe Farah rase rugi nye aku berkurung dalam bilik
memasam kan muka...

apalah salah nye bile kite sedang sakit..
kite gagahkan diri untuk membersihkan mata ni
memandang alam sekitar
then...
senyummmmmm...smileeeee
insyaAllah kesakitan itu akan luput sikit..
rugi...rugiii
teramat sangat....

hidup ini adalah peluang Allah berikan pada kita..
jadi kenapa kita nak menyuramkan nye.?
penuhi hidup kite dengan warna2 yang ceria..
lakukan aktiviti bermanfaat yg sesuai dengan keadaan
kesihatan kite...

p/s ::: nak menyesal pon tak guna...so,mulai saat & ketika ini jom kite conteng hari2 kite bakal lalui dengan warna2 yang indah...Setiap kesakitan Allah sertakan dengan penawarnye..kite je yang MALAS nak berusaha mencari penawarnye....i like rainbow.....;)


~ S.a.Y.@.N.g ~