assalammualaikum....
Farah ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha
kepada semua rakyat Malaysia...
balik kampung tu memandu hati-hati..
farah..?
urmmm...
Farah masih lagi di rumah ayah
kat Lembah Jaya Utama,Ampang...
Tunggu ayah habis kerja 
barulah Farah boleh berangkat
pulang ke rumah ibu di
Bahau,N.Sembilan...
Kawan-kawan ini ada sikit info 
tentang Hari Raya yang bakal kita sambut 
pada esok hari..
InsyaAllah...
Hari Raya Aidiladha (
bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau 
Hari Raya Haji
 merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia 
adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut 
pada setiap 
1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan 
Zulhijjah
 setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, 
diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 
Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan 
samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari 
ini dipanggil 
Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan 
Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya 
Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah 
Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan 
Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas 
khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah 
ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah 
kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 
10 Zulhijjah
 merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan 
isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum 
berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling
 cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi 
hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya
 sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir 
pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding
 solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat 
Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan 
korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah 
bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat 
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke
 masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya 
makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang 
berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, 
kambing, dan biri-biri yang 
dikorbankan
 akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum 
dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada 
golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke
 Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. 
Al-Quran
 tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini
 memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai
 korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong 
melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai 
pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan
 daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai 
juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
 
 
Hari Raya Aidiladha dalam hadis
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu 
Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke 
Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka 
Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab:
 Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian 
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya 
dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu 
Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai 
daripada Anas)
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang 
lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. 
Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat 
lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini 
diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah 
kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” 
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh 
Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam 
pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada 
menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada 
hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. 
Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah 
sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu 
dengan hati yang bersih."
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh 
Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a 
kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah 
(Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas 
beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia 
menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah 
Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah 
(Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat
 atau apa-apa pun.
Rujukan :::  Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
p/s ::: Semoga info ini dapat menambah lagi pengetahuan kita semua...Mohon maaf pada semua andai ada kata-kat yang menyinggung kalbu...Selamatttt hari rayeeee....tata...;)
~ S.a.Y.@.N.g ~