Merancang - Adalah lebih baik sekiranya anda mengamalkan untuk merancang perkara yang anda ingin lakukan pada hari tersebut dari awal pagi lagi. Ini adalah sebagai panduan dan membuatkan kehidupan kita lebih tersusun dan sistematik. Kepentingan merancang adalah kerana setiap manusia di muka bumi mempunyai tujuan dan matlamat yang tersendiri. Tidak ada seorang pun yang lahir sia2. Matlamat tanpa perancangan pula tidak memberi sebarang makna. Jadi, rancanglah kehidupan anda untuk mencapai matlamat yang anda inginkan.
Udara segar - Udara segar merupakan terapi terbaik untuk otak anda. Pastikan anda mengambil masa antara 5 hingga ke 10 minit untuk menikmati udara segar pada awal pagi. Mungkin cara terbaik untuk anda menikmati udara segar sebentar adalah ketika anda menunggu enjin kereta anda sedang dipanaskan. Nikmatilah udara segar di sekeliling anda kerana in cara terbaik untuk menenangkan dan mendamaikan diri anda.
Sarapan - Ramai pihak yang bersetuju bahawa sarapan adalah perkara yang amat penting untuk dilakukan pada awal pagi. Tetapi anda harus bijak memilih jenis sarapan yang perlu dimakan untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan. Anda dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak terlalu berat,berkhasiat dan jangan makan terlalu kenyang ketika awal pagi. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada cepat berasa mengantuk. Pasti anda semua tahu betapa sengsaranya kesan mengantuk ketika anda ingin melakukan kerja. Ini akan menjejaskan hasil kerja anda nanti. Pilihlah sarapan yang anda rasakan sesuai untuk diri anda.
~ S.a.Y.@.N.g ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan