Isnin, Oktober 31, 2011

HAPPY BIRTHDAY SAYANG....*_*

HAPPY BESDAY NORZIATULAKAMA
SEMOGA KAMU SENTIASA DISAYANGI ALLAH
SUAMI, ANAK-ANAK MU, IBUBAPA MU,DAN 
INSAN-INSAN DI SEKELILING MU...

SEMOGA KAMU MELALUI HARI-HARI
YANG BAKAL MENDATANG DENGAN 
TABAH & SENYUMAN YANG PALING 
INDAH....








~ S.a.Y.@.N.g ~





TEPUNG ....?

Entry kali ni Farah saje nak share
da lame cari kegunaan tepung ni
ni baru jumpa...
Farah edit sikit kak ROS...
mohon share ye kak ROS...

Informasi dari http://www.jintanmanis.com

TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yg tinggi.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.
Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI

Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.


TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)


TEPUNG GLUTINOUS RICE
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.


TEPUNG BERAS
Terdiri dari gluten-free, dibuat dari beras yang dimesin halus. Banyak digunakn dalam membuat kueh ttradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.

TEPUNG SAGU
Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bagian tengah pohon sagu.
Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.

TEPUNG KEK
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge.
Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.



TEPUNG KACANG HIJAU
Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee [juga tepung kacang yg diimpot dari Indonesia untuk membuat kueh tako.


TEPUNG BISKUT MARIE
Sejenis tepung yang selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daridapa biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehingga betul-betul halus.

TEPUNG KANJI KENTANG 
Digunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang@goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkanya lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak.

p/s : tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi- tepung terigu bahasa Indonesia.

Ahad, Oktober 30, 2011

pemanis kata: Doa Ketika Jatuh Cinta

pemanis kata: Doa Ketika Jatuh Cinta: Allahu Rabbi, aku minta izin Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang Hingga membuat lalai akan ada...

Negeri Sembilan 2-1 Terengganu | FINAL Piala Malaysia 2011 [Gol Hairuddi...

PIALA MALAYSIA

Finally...
29 oktober 2011
PIALA MALAYSIA menjadi milik 
skuad HOBIN JANG HOBIN...
ALHAMDULILLAH....

yeeaaaaa....
=)
Menang heppy ler.....
jerit sakan2....
semalam p tengok kat STADIUM SHAH ALAM
dengan unty, uncle, mY sib & cousiN...
memang best GILER la kan..

Once skuad PENYU da GOALLLL 1
mike ni ( Ganu ler tu ) oleh kerana terlampau la gumbira 
sesanggat sampai hilang keWARASan akal
...
biase ler dok men baling2 macam-macam
kat kami PENYOKONG H.J.H ni...
amboiiiiiiii,makkkk
melampau yeee....
tak ke boleh pikir sikit...kan kanak-kanak\
ada kat bawah nun....
haishhhhh....
nyaris-nyaris cousin AI nak kene 
itu botol  lah....
mY uncle da bengang GILER
siap bukak kasut...
maki hamun orang2 hilang keWARASan akal tu...
da menang tu SORAK-SORAK
HORAYY HORAYYY
BOOOOOooooo ke
udah ler....
haiyaaaa.....

Hurm...ble GANU udah menang stadium senyap sekejap
dari SORAK & HORAYYY HORAYYy
penyokong HOBIN JANG HOBIN....
=)
......^,^.....

HEHEHHEHEHE
bile N9 kasi itu 1 GOALLLLLL
yeayyyyyy yiiieeeehaaaaa
ucap SYUKUR pada YANG ESA,
JERIT-JERIT.....
LOMPAT-LOMPAT bersama dengan KASUT TUMIT TINGGI...
memang best GILER la kan...
nasib tak terpelecok my KAKI... 
  

uuuuhhuuuhhuuuu......
pueh hati DEN....
TAHNIAH PEMAIN & PENYOKONG BOLA SEPAK
NEGERI SEMBILAN...


p/s : BIASALAH KAN BILE MENANG, PUAS HATI....=)







~ S.a.Y.@.N.g ~


Jumaat, Oktober 28, 2011

Tips Menghadiri Temuduga ~ Up To Mu

Soalan Yang Perlu Ditanya Pada Diri Sendiri

Proses muhasabah diri ini adalah penting untuk menimbulkan kesedaran terhadap seseorang mengenai matlamat yang mereka ingin capai. Matlamat adalah amat penting didalam kehidupan seseorang. Sesiapa yang tiada matlamat hidup seolah-olah kehidupannya tiada tujuan yang hanya menunggu saat kematian. Tetapkan suatu matlamat di dalam hidup anda dan beruasaha untuk mencapainya. Barulah anda mengetahui nikmat sebenar kehidupan. Setiap manusia yang diciptakan dimukabumi ini ada tujuan hidupnya sendiri dan ia tidak diciptakan untuk menjadi sia-sia. t5 akan menyenaraikan 5 persoalan yang perlu anda tanya pada diri sendiri untuk anda mengetahui dimana anda berada sekarang, adakah anda semakin menghampiri matlamat yang diimpikan, dan kemana hala tuju anda pada masa akan datang.

Apa yang anda mahukan? Manusia mempunyai pelbagai kemahuan yang mereka impikan. Anda perlu tahu apakah yang anda inginkan didalam hidup. Pastikan kemahuan anda itu realistik dan berusaha untuk mencapai apa yang anda mahukan. Itulah tujuan anda hidup sehingga ke hari ini.

Adakah anda patut berubah? Sekiranya anda sendiri merasakan tidak suka terhadap apa yang anda telah lakukan, anda sepatutnya berusaha untuk berubah. Seseorang yang hendak berubah adalah lebih baik daripada seseorang yang berasa selesa dengan keadaannya sekarang. Manusia sentiasa memerlukan perubahan.

Adakah anda gembira terhadap apa yang anda lakukan? Kegembiraan adalah suatu nikmat kehidupan. Tanpa kegembiraan kehidupan anda tidak bermakna. Lakukan sesuatu aktiviti yang mampu untuk menggembirakan anda.

Apa yang memotivasikan anda? Anda seharusnya tahu apa yang mampu untuk memberikan dorongon kepada anda. Mengekalkan motivasi adalah asas yang paling penting untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Tanpa motivasi yang berterusan, impian hanyalah sekadar impian dan pasti tidak akan dapat untuk direalisasikan.

Apa sumbangan yang anda ingin lakukan? Kehidupan tidak bermakna sekiranya anda tidak mampu lakukan apa-apa sumbangan terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Fokuskan untuk memberikan sumbangan terhadap diri anda dahulu, berusaha untuk buktikan pada diri yang anda juga mampu untuk berjaya. Kemudian sekiranya anda sudah berjaya, berikan pula sumbangan anda kepada masyarakat.







p/s : setiap entry yang ada di dalam blog ini adalah untuk rujukan Farah & juga untuk di kongsikan bersama para pembaca..Sumber rujukan Farah terdiri  dari google & juga pelbagai jenis buku..





~ S.a.Y.@.N.g ~

Khamis, Oktober 27, 2011

*_* MIMPI

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.

5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
"Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya," lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:
"Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari."

20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: "Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu."
 
 
 
 
 ~ S.a.Y.@.N.g ~

Rabu, Oktober 26, 2011

SI GADIS MANIS...

ADIK- ADIK JAGALAH MARUAH KALIAN SEBAIKNYA...
AKU BUKAN MAHU MENYIBUK PERIHAL KALIAN...
AKU HANYA MAMPU MENASIHATI DAN BERDOA
YANG BAIK-BAIK UNTUK KALIAN...
AKU TIDAK INGIN UNTUK MENJADI 
KAKAK YANG DI BENCI..
AKU MAHU DI SAYANGI, DICONTOHI, DI HORMATI
DAN
DI CARI-CARI OLEH KALIAN
SAAT KALIAN SUSAH MAHUPON SENANG...

FIKIRLAH SEDALAM-DALAM NYA..
APA KESILAPAN KALIAN
PERBAIKILAH
SIKAP KALIAN SEBELUM
TERLAMBAT...

ALSO TO MY SELF....

KAKLONG SAYANG ADIK-ADIK
KAKLONG....
WALAUPON KITE TERPISAH JAUH....

LOT OF LOVE...

SITI NURBAIEZURA
NURHAYATIE
NURFAZLIN
AINNURZULFADZILLAH
SITI AISHAH
NUR FATIN ZULAIKHA
NUR SUHADA
ADI RAYYAN
RABIATUL RAUDAH....







~ S.a.Y.@.N.g ~



FAM 2011 NS vs GANU

SEJAK 3 4 HARI NI...
KECOH SANGAT PASAL HARGA TIKET
BOLA SEPAK..
URM, APA PON TAK BOLEH..
=)
HARGA MAHAL LA...
ITU LA..
INI LA
..........
LAGI LA YANG MENYAKITKAN HATI 
PENYOKONG BOLA SEPAK N9....
BILE DIUMUMKAN KAT BERITA
YANG KERAJAAN TERNGGANU SUPPORT
50% DARI HARGA TIKET 
UNTUK PENYOKONG TERENGGANU...

APA LAGI PENYOKONG BOLA SEPAK N9
PON MEMULAKAN
PUJUKAN DAN 'KATA KATA MANIS"
 AGAR KERAJAAN NEGERI MEMBANTU
KAMI INI
UNTUK DAPAT HARGA
MURAH...

=)





~ S.a.Y.@.N.g ~

Ahad, Oktober 09, 2011

ALHAMDULILLAH...23 DAH..yihuyihuyihu..^_^

 
HAPPY BESDAY TO YOU..
HAPPY BESDAY TO YOU 
HAPPY BESDAY TO MEeeeee....

SELAMAT ULANGTAHUN
YANG KE- 23 TAHUN
UNTUK DIRI SENDIRI

DOA FARAH  :-

SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERIKAN KARAHMATAN 
USIA

MOGA FARAH MAMPU JADI ANAK YANG BAIK UNTUK
KEDUA IBUBAPA FARAH

JADI KAKAK YANG DISAYANGI & DIHORMATI
OLEH ADIK2..

SEMOGA FARAH SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK
SENTIASA LEBIH DEKAT DENGAN YANG MAHA PENCIPTA..

SEMOGA SEGALA URUSAN DUNIA & AKHIRAT FARAH
DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH S.W.T..

SEMOGA FARAH DIBERIKAN REZEKI YANG MELIMPAH
UNTUK DIRI SENDIRI & MAMPU UNTUK FARAH
BANTU KELUARGA FARAH...

MOGA PERNIAGAAN YANG FARAH USAHAKAN BERTAMBAH MAJU...

DAN FARAH MENGHARAPKAN AGAR ALLAH S.W.T. BERIKAN
FARAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUK 
FARAH TERUS BERJUANG MENCARI ILMU DUNIA & AKHIRAT..



AMIN...AMIN...YA RABBAL ALAMIN...







 ~S.a.Y.@.N.g~

08 OCTOBER 2011

  • SEMALAM TELAH BERLANGSUNGNYA MAJLIS PERTUNANGAN
  • ADIK FARAH YANG KEDUA
  • TEMA WARNA MERAH JAMBU...
  • HANTARAN PIHAK LELAKITEMA NYE WARNA BIRU...
  • SAYA KENA 'LANGKAH' LAGI..=(
  • BARANG 'LANGKAH BENDUL' ...?
  • URMmmm,TUNGGU & LIHAT HINGGA TIBA WAKTU NYE....
  • ADA MINTAK SOMETHING....=)

~ SIREH JUNJUNG ~

~ BUNGA RAMPAI ~

~ COKLAT BERBISKUT ~

~ DODOL ~

~ KEK ~

~ KEK CAWAN ~

~ KARAMEL ~

~ BUAH-BUAHAN ~

P/S : Semoga ikatan pertunangan yang telah dibina,menjadi semakin kukuh hingga tiba saat untuk di ijabkabul dan sehingga ke langkah seterusnya...







 ~S.a.Y.@.N.g~

Selasa, Oktober 04, 2011

KEGUSARAN

Sekarang ni ajaran sesat 
makin berleluasa
ajaran nye hampir serupa dengan apa yang 
ada dalam ajaran islam sebenar..
sangat mendebarkan & menakutkan
tengok je dekat laman Muka Buku (fb)
bertaburan pasal orang2 kafir 
yang cuba membuat kekecohan...
menyebarkan ajaran mereka..
Pada yang sudi singgah di sini..
Hati2 lah dalam setiap 
inci kehidupan kite..
Pergaulan kite  dengan seseorang,
makanan & minuman kite,
Pakaian kite..
Dan lain2 hal..
Yang penting kite kne tabah & kuat
untuk menentang anasir2 JAHAT ini..
Dekat kan diri kite pada Yang Maha Esa..
Moga DIA melindungi kite 
dari terjebak ke kancah yang
maha membinasakan umat MUHAMMAD...

Ahad, Oktober 02, 2011

mY bFf

 Takde pic terbaru
amek la pic time dia terKENA "buatan orang" ni
hehehhe...
ni AZYAN FARHAH BT MOHD SHARIFF..
+
 MOHD ZALIZUL B MOHD RAZALI


Megat Faris Zulqin bin Mohd Zalizul

Megat Fikri Zakuan bin Mohd Zalizul

......................... *********...........................


 oppps..terEnteprem plak..
ni pic terbaru...
mase raya lepas..
puas mencari dia ni...
tukar no fon susah na nak inform....

NORZIATULAKMA BT MOHAMAD
+
AZ YUSRI B KHAMIS



Putri Nur Balqis bt Az Yusri


Putri Mia Maisara bt Az Yusri

.............................*************......................


ini Aku ler....
NURFARAHIDHAYAH BINTI ZULFA...
urm...
nape tak de pic kanak2 kat bawah?

SEBAB aku belum kahwin lagi...
sedang mencari...=)
tapi bia pon lom kahwin...
aku da jadi UMI....pada 2pasang "Cahaya Mata"...
sape "CM" tu..?
tuuuuuu......
yang kat atas tuuu....
hehehhehe

................#####.........

INI LAH DIA..
DUAORANG SAHABAT SAYE...
SAYA TAK RETI NAK BERKAWAN
TAPI.....
SAYE TAK SOMBONG K....

Semoga persahabatan kite kekal selama nye
Walau 'bergelora' jangan sampai 'tercampak' salah seorang...
bermula bertiga,berakhir pon biar lah bertiga...
Semoga kalian menjadi anak,adik,kakak,isteri & ibu yang sentiasa
disayangi oleh insan2 di kiri, kanan, depan & belakang kalian...
Lot of LOVE Yan & Nozie....





~S.a.Y.@.N.g~



coklat oh chocolate


coklat 
;- Dalamnye ade biskut OREO..with EdibleImage 'Selamat Hari Raya'..



35pcs coklat Praline in Box

;- Dalamnye ada macam2 inti (filling)..


Coklat barr..

:- Boleh reques kalau nak letak apa2
contoh = wording / kekacang / perasa & dll...
 Berkenan...?
please CALL Farah 013 3802366


.....tQ....







~S.a.Y.@.N.g~

xoxo...KeGilaan ibu...xoxo



Ni dia KeGilaan ibu....
jangan marah ibu "gila" tu bukan 
yang kurang siuman tu....

ampuuun,Buk....=)



Diantaranya.....;-
stay  tune.....




 ada lagiiii...


dan INI juga......




 keSaY@Ngan ibu...

tolong abaikan tangan tu...=)


 ~.....tammat.....~





~S.a.Y.@.N.g~

Sabtu, Oktober 01, 2011

Income ku =)

Kepada yang sudi meluangkan masa menjengah ke
blog ku yang tak seberapa ni
TERIMA KASIH sgt2...=)

and sudi-sudilah ADD Farah kat MUKA BUKU(fb)
la tu....=)
Hidhayah Choco & Farah Zulfa....

Farah ada buat homemade COKLAT...
Kek / Cupcake / Pop cakes..
Mashmellow chantiq...
Kuih raya pon ada tau...
kalau yang dok area Kuala Pilah - Bandar Baru Serting
nak tempah kuih-muih boleh jer call Farah k..
013 3802366

Nak buat Doorgift / hadiah / hantaran untuk majlis pertunangan / 
perkahwinan / aqiqah / sambutan hari jadi /
suprise hand bouquet (coklat)
boleh call farah ye...anytime...
Nak survey harga pon jangan takut 
untuk call / sms / chat kat fb ye...






~ S.a.Y.@.N.g ~


Kegelisahan

AKU SEDANG MENCARI SEORANG PEMBIMBING YANG
NYATA..
YANG BOLEH AKU BERINTERAKSI DENGAN NYA
MEMANG ALLAH S.W.T ADALAH SEBAIK-BAIK PEMBIMBING
TAPI AKU JUGA PERLUKAN SEORANG 
TEMAN
YANG DAPAT AKU LIHAT....

AKU DALAM DILEMA
SIAPA YANG PATUT AKU CARI
BAGAIMANA UNTUK AKU MULAKAN.....










~ S.a.Y.@.N.g ~

Oktober

Apa yang aku harapkan pada Oktober in?


 Sebuah keberanian & keyakinan diri yang tinggi,
 Sahabat yang setia & diredhai Allah s.w.t.,
 Satu anjakan paradigma yang cukup besar nilai nya dalam kehidupan
 aku sebagai hamba Allah s.w.t.,
Memperbaiki hubungan aku dengan kedua ibubapa kandung & tiri ku..
Menjadi kakak yang sentiasa di cari oleh adik2
saat susah & senang mereka..
Aku juga berharap dapat membuang segala sikap buruk
yang dah lama bersarang dalam diri ini..
~ S.a.Y.@.N.g ~

Sesekali kita perlu DERITA....untuk mengenal erti BAHAGIA...
Sesekali kita perlu KECEWA....untuk kita kenal erti KEJAYAAN...
Sesekali kita perlu MENANGIS.... untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...
Sesekali kita perlu TERHIRIS...untuk kita kenal DIRI SENDIRI...


~ S.a.Y.@.N.g ~