Isnin, Disember 19, 2011

BUAH MARKISA


Terlalu banyak manfaat buah markisa bagi kesihatan. Ini berkaitan dengan kandungan nutrisinya dan manfaat buah markisa yang berkhasiat sebagai pereda sakit, anti-kejang, kolitis, penenang, dan antiradang. Gangguan seperti sembelit, disentri, insomnia, gangguan haid, batuk, serak, tekak kering juga boleh dihalau dengan buah ini. Isi buah markisa digunakan untuk merilekskan saraf saat sakit kepala, meredakan cirit-birit, dan neurastenia (keletihan kronik, lemah, tidak nafsu makan, tidak boleh konsentrasi, dan susah tidur).

Penelitian invitro di University of Florida juga mendapati bahawa ekstrak buah markisa kuning banyak mengandungi fitokimia yang mampu membunuh sel kanser. Fitokimia tersebut antara lain polifenol dan karotenoid. Kandungan fitokimia yang lain dalam markisa adalah harman, harmol, harmalin, passaflorine, harmine, karotenoid, viteksin, krisin, dan isoviteksin. Sedangkan kandungan gizinya antara lain: tenaga, lemak, protein, serat, mineral, kalsium, fosforus, zat besi, karoten, tiamin, riboflavin, niasin, asid askorbat, dan asam sitrat.

Markisa membuat lebih mudah tidur
Markisa kaya dengan vitamin-vitamin B yang menenangkan dan potassium yang merilekskan sistem saraf. Orang-orang Amerika Selatan secara tradisional makan markisa untuk membantu tidur. Bahkan menurut mereka, makan 1 buah markisa sebelum tidur boleh membuat mimpi indah.

Markisa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan gejala alergi kronik. Juga pemulihan keadaan pesakit hati dan buah pinggang, serta mencetuskan peningkatan kekebalan tubuh dan kekuatan antibodi dalam darah. Bahkan, markisa juga mampu menapis, mengasingkan, dan membuang racun dari dalam tubuh. Selain itu, boleh meningkatkan kesegaran kulit tubuh dan merangsang pertumbuhan sel muda pada kulit wajah. Dari hasil kajian makmal, markisa mengandungi vitamin C dos tinggi dan antioksidan.



p/s : Buah Markisa ni satu2 nye makanan yang boleh membuat Farah kecur Aer liuq...=)
Sangat sangat sedap...urmmm...
 
 
 
  ~ S.a.Y.@.N.g ~

Ahad, Disember 11, 2011

Episod 2 : Fatihatul Kitab (Bahagian 1)

Episod 2 : Fatihatul Kitab (Bahagian 2)

LIMAU NIPIS..WANGI NYE...

Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.
Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.
Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.

PENANAMAN

Limau nipis biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau nipis juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan.
Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

BUAH

Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.
Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur.
Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan.
Bagi suri rumah pula, buah limau nipis sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai perisa masakan dan makanan.
Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut.

KHASIAT & KEGUNAAN

~ Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C.
~ Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain.



P/s : Farah seminggu sekali amalkan minum perahan sebiji air limau nipis + secubit garam (hujung jari je)..Jangan campur air tau..
Elok untuk bersihkan bahagian dalaman perut TAPI kalau kalian seorang yang sentiasa berlapar TOLONG jangan lakukan minuman diatas..




~ S.a.Y.@.N.g ~

Sabtu, Disember 10, 2011

GERHANA BULAN

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana karena matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali."

 
Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara pada hari ini..
Menurut laman web falak-online, fenomena sama sebelum ini berlaku pada bulan Jun tahun lalu. Bagaimanapun, gerhana yang akan berlaku, dijangka tidak seperti tahun lepas yang mana ia berlaku pada lewat tengah malam sehingga matahari terbit keesokan paginya.

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.

************************


PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad

CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).

INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan, manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring.

*****************************
Bacaan dzikir dan doa tersebut antara lain:
1. Astaghfirullaahal 'azhiim (3x)
Saya mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung

2. Allaahumma antas salaam, wa minkas salaam, tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikraam
Ya Allah, Engkau Maha Sejahtera, dan dari-Mu lah kesejahteraan, Maha Berkat Engkau ya Allah, yang memiliki kemegahan dan kemuliaan

3. Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa 'alaa kulli syain qadiir
Tidak ada Tuhan selain Allah saja, Dia Sendiri-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan pujian dan Dia berkuasa atas segala-Nya.

4. Allaahumma laa maani'a limaa a'thaita walaa mu'thiya limaa mana 'ta walaa yanfa'u dzal jaddi minkal jaddu
Ya Allah, tidak ada sesuatu yang dapat menghalangi pemberian-Mu, dan tak ada pula sesuatu yang dapat memberi apa-apa yang Engkau larang, dan tak ada manfaat kekayaan bagi yang mempunyai, kebesaran bagi yang dimilikinya, kecuali kekayaan dan kebesaran yang datang bersama ridha-Mu

5. Membaca tasbih, tahmid, takbir, dan tahlil, yaitu:
Subhaanalaah (33x) "Maha Suci Allah"
Alhamdulillaah (33x) "Maha terpuji Allah"
Allaahu Akbar (33x) "Allah Maha Besar"
La ilaaha illallaahu wahdaahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syain qadiir (1x)
Tidak ada Tuhan selain Allah, sendiri-Nya; tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah kerajaan dan pujian. Dia Maha Kuasa atas segala-galanya.
6. Surah Al Ikhlas dan surah Al Mu'awwidzatain (yaitu surah Al Falaq dan An-Nas) & surah al-falaq.
7. Ayatul qursy




 p/s : Jom lakukan solat Gerhana Bulan & Berzikir...
Ambillah kesempatan yang masih ada ini...
huh,dah tak sabar ni nak tengok...Masya-ALLAH...


 ~ S.a.Y.@.N.g ~

HACHIKO

Assalammualaikum,kawan-kawan..=)

long time no see,ha....=)
pada 5-6hb Farah pergi kursus persolekan anjuran Kementerian Belia & sukan..
7-9hb Farah sibuk menyiapkan tempahan coklat...

sorry ler lama tak jenguk sini...

Erm,hari ni Farah nak share satu movie ni dengan kawan2 semua..
cerita ni Farah tgk dari pukul 2.20-3.55ptg tadi, SALURAN HBO..
tajuknya A DOG STORY..
best cerita ni kawan2..menangis sekejap sebab sangat ler menjiwai story ni....^-^...huhuhuuhu

Cerita ni tentang seekor anjing yang setia menunggu tuannya yang dah meningal dunia di stesen keretapi...Perhubungan erat dengan tuannya..
ia membayang betapa kasih sayang itu tiada batasnya antara manusia & haiwan..haiwan juga boleh merasai apa itu RINDU & BELAIAN..

nak tahu lebih lanjut ce tengok kat youtube...

selamat melayan perasaan...






P/S : sayangi dan berikan perhatian kalian pada insan disekeliling kalian terutama yang masih ada ibubapa...




~ S.a.Y.@.N.g ~

Ahad, Disember 04, 2011

IMAM ASY-SYAFI'I

 " Dunia ini untuk kegembiraan. 
Akan tetapi kegembiraan itu dibungkus dengan
kesusahan & derita.
Dunia adalah jambatan yang tidak kekal
untuk dilalui ke negeri baqa. "

" Tidah ada kegembiraan setanding
nikmat sahabat. Dan tidak ada 
rasa sedih setanding perpisahan
dengan sahabat. "








~ S.a.Y.@.N.g ~

Jumaat, Disember 02, 2011

BLOGJOGGING





















~ S.a.Y.@.N.g ~

ADAB MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN

Semua pon tahu dan akan 
menyambut " besday " setahun sekali kan.
Sini ada satu hadis yang Farah nak share,

Daripada Ibnu Abas sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: 
" Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah selepas
perkara fardu (wajib) ialah membawa kegembiraan
kepada seseorang Muslim." Hadis riwayat at-Thabroni.

Berdasarkan hadis di atas, jelas sekali Islam menyuruh umatnya 
supaya mendatangkan kegembiraan kepada orang lain termasuk 
sambutan hari lahir...
Tapi ada adab-adab nya, jangan dok main redah je ok...

SAMBUTAN ALA KADAR 
* Cukup sekadar sederhana tapi meriah.
* Ikutlah sunnah Rasulullah SAW yang sentiasa berpuasa sunat
    pada hari isnin kerana hari lahirnya jatuh pada hari tersebut.

NIAT YANG IKHLAS
* Sebelum berhasrat mengadakan majlis sambutan hari lahir, niat di hati perlu ikhlas
    untuk menjamu setiap tetamu yang datang. Jangan hanya memikirkan soal hadiah
    & juga wang ringgit yamg akan diberikan oleh tetamu. Jika niat kalian sudah meyeleweng
    maka majlis tersebut tiada maknanya..=)

MELAYAN TETAMU
* Majlis lebih baik di adakan di rumah kerana lebih selesa.
* Sekali pun orang yang tidak disukai datang ke rumah, anda perlu senyum
   & melayan mereka dengan baik. Ia sudah memberikan kalian pahala kebaikan.
* Jangan bezakan darjat.

MEMBERI HADIAH
* Perkara ini tidak wajib tetapi kalian perlu memahami situasi.
* Tidak perlu hadiah yang mahal.
* Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: " Salinglah memberi hadiah nescaya
   kamu akan saling menyayangi." ( hadis riwayat al-Bukhari).

TIADA UNSUR HARAM
* Sering kali diingatkan supaya jangan mengikut gaya orang barat apabila membuat apa jua majlis.
* Contohnya, menari, menyanyi & paling ditegah ialah minum arak.
* Sepatutnya ia diiringi dengan alunan doa & juga bertujuan mengeratkan silaturrahim 
   antara saudara mara & sahabat handai..







 ~ S.a.Y.@.N.g ~

Khamis, Disember 01, 2011

LIDAH

Lidah adalah kumpulan otot rangka pada bahagian tingkat mulut yang boleh membantu pencernaan makanan dengan mengunyah dan menelan. Lidah dikenali sebagai indera pengecap yang banyak mempunyai struktur tunas pengecap. Lidah juga turut membantu dalam tindakan bicara.Juga membantu membolak balik makanan dalam mulut .

== Struktur == Sebahagian besar, lidah tersusun atas otot rangka yang terlekat pada tulang hyoideus, tulang rahang bawah dan processus styloideus di tulang pelipis. Terdapat dua jenis otot pada lidah iaitu otot ekstrinsik dan intrinsik.

Lidah mempunyai permukaan yang kasar kerana adanya tonjolan yang disebut papila. Terdapat tiga jenis papila iaitu:

    1. papila filiformis (fili = benang); berbentuk seperti benang halus;
    2. papila sirkumvalata (sirkum = bulat); berbentuk bulat, tersusun seperti huruf V di belakang lidah;
    3. papila fungiformis (fungi = jamur); berbentuk seperti cendawan.

Terdapat satu jenis papila yang tidak terdapat pada manusia, yakni papila folliata pada haiwan pengerat.

Tunas pengecap adalah bahagian pengecap yang ada di pinggir papila, terdiri daripada dua sel iaitu sel penyokong dan sel pengecap. Sel pengecap berfungsi sebagai reseptor.


Titik-titik atau bahagian putih pada lidah boleh menjadi tanda-tanda beberapa keadaan perubatan:

     * Kesan sampingan dari antibiotik
     * Candidiasis
     * Debauch
     * Dehidrasi
     * leukoplakia
     * Keratosis faringis

Namun saat ini banyak penyelidik yang memasukkan rasa kelima iaitu gurih atau sedap yang ditamukan pada makanan yang bayakan protein pada daging, ikan dan sebagainya. Rasa-rasa dasar ini boleh berubah sehingga kita dapat merasakan rasa busuk atau berracun dari rasa pahit dan asam. Rasa manis membantu kita untuk mengenalkan makanan yang menyihatkan atau kaya kalori, rasa masin diperlukan untuk setiap funsi tubuh, dan rasa gurih boleh membantu kita mengindentifikasikan makannan yang kaya dengan protein. Ada beberapa orang yang mempunyai "dunia rasa" yang berbeza-beza, contohnya ada yang menukai pedas, ataupun ada yang tidak. Itu semua dipengaruhi oleh faktor genetik yang berbeza-beza dan budaya sendiri-sendiri.Para penyelidik telah membuktikan bahawa di Amerika masyarakatnya adalah Supertaster yang merasakan cili, halia sangat pedas sekalih begitu juga dengan gula mereka merasakan sangat manis sekalih. Berbeza dengan taster, mereka merasakan cahe dan cili biasa saja begitu juga dengan rasa yang lain. Ini disebabkan oleh jumlah papila yang berbeza.






 p/s : Kenapa entry kali ni tentang lidah..Sebab Farah mengalami kesukaran untuk menelan makan akibat terkena ulser pada lidah, di bahagian tepi..=)
just for sharing & info for u guys..








~ S.a.Y.@.N.g ~

5 perkara yang anda perlu lakukan pada awal pagi

Motivasi - Rakyat Malaysia khususnya telah dibiasakan untuk membaca surat khabar pada awal pagi lagi. Perbuatan ini lebih baik dielakkan. Ini adalah kerana sekiranya kita membaca surat khabar pada awal pagi, otak kita secara tidak langsung telah dibebani dengan permasalahan yang diceritakan. Ini juga akan mempengaruhi komitmen kita terhadap kerja yang kita bakal lakukan. Anda dinasihatkan untuk membaca buku2 yang berbentuk motivasi pada awal pagi untuk mencergaskan otak anda dan meningkatkan lagi komitmen anda terhadap kerja yang anda lakukan.

Merancang - Adalah lebih baik sekiranya anda mengamalkan untuk merancang perkara yang anda ingin lakukan pada hari tersebut dari awal pagi lagi. Ini adalah sebagai panduan dan membuatkan kehidupan kita lebih tersusun dan sistematik.  Kepentingan merancang adalah kerana setiap manusia di muka bumi mempunyai tujuan dan matlamat yang tersendiri. Tidak ada seorang pun yang lahir sia2. Matlamat tanpa perancangan pula tidak memberi sebarang makna. Jadi, rancanglah kehidupan anda untuk mencapai matlamat yang anda inginkan.


Berfikiran positif - Tahukah anda bahawa pemikiran anda pada awal pagi lah yang menentukan tahap kerja yang akan anda tunjukkan pada hari itu. Bayangkan sekiranya pada awal pagi lagi anda sudah memikirkan masalah kerja, kewangan, keluarga atau sebagainya, adakah anda fikir anda mampu untuk menunjukkan hasil kerja yang terbaik yang boleh anda lakukan?? Anda dinasihatkan untuk membiasakn berfikiran positif sejak awal pagi lagi. Tetapkan bahawa hari ini lebih baik daripada semalam. Anda mungkin mampu untuk mengatasi semua masalah yang bakal anda hadapi.

Udara segar - Udara segar merupakan terapi terbaik untuk otak anda. Pastikan anda mengambil masa antara 5 hingga ke 10 minit untuk menikmati udara segar pada awal pagi. Mungkin cara terbaik untuk anda menikmati udara segar sebentar adalah ketika anda menunggu enjin kereta anda sedang dipanaskan. Nikmatilah udara segar di sekeliling anda kerana in cara terbaik untuk menenangkan dan mendamaikan diri anda.

Sarapan -  Ramai pihak yang bersetuju bahawa sarapan adalah perkara yang amat penting untuk dilakukan pada awal pagi. Tetapi anda harus bijak memilih jenis sarapan yang perlu dimakan untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan. Anda dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak terlalu berat,berkhasiat dan jangan makan terlalu kenyang ketika awal pagi. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada  cepat berasa mengantuk. Pasti anda semua tahu betapa sengsaranya kesan mengantuk ketika anda ingin melakukan kerja. Ini akan menjejaskan hasil kerja anda nanti. Pilihlah sarapan yang anda rasakan sesuai untuk diri anda.








~ S.a.Y.@.N.g ~

G.A,G,A,L

menghadapi kegagalan
Setiap orang didunia pasti amat berasa takut untuk menghadapi kegagalan. Ini terjadi kerana ramai yang memandang kegagalan itu dari sudut yang negatif. Sesuatu yang negatif dan dipandang secara negatif akan menghasilkan satu aura negatif yang besar. Seharusnya sesuatu yang negatif perlu dilihat dari sudut positif untuk anda berjaya meneutralkannya. Antara perkara yang perlu anda perlu tahu mengenai kegagalan adalah :-

(1) Apabila anda gagal, anda sebenarnya telah mengambil langkah pertama untuk berjaya.
(2) Anda akan gagal sekiranya pemikiran anda hanya memikirkan mengenai kegagalan.
(3) Kegagalan akan membantu untuk mematangkan anda membuat keputusan pada masa akan datang.
(4) Kegagalan hanyalah merupakan satu proses pembelajaran untuk anda menjadi lebih berjaya.
(5) Kegagalan untuk menghadapi ketakutan terhadap diri sendiri adalah merupakan kegagalan paling teruk.
(6) Anda tidak akan mengetahui nikmat kejayaan selagi anda tidak pernah merasa kegagalan.
(7) Kegagalan bukanlah titik noktah untuk kehidupan anda.
(8) Semakin banyak anda mengalami kegagalan, semakin dekat untuk anda menghampiri kejayaan.
(9) Kegagalan dan kejayaan adalah perkara yang sama. Apabila anda sudah bersedia untuk bermain, anda juga perlu bersedia untuk menghadapi kedua-duanya.
(10) Seorang yang takut gagal adalah seorang yang tiada keyakinan terhadap diri sendiri.
(11) Kegagalan adalah satu perkara yang seronok diceritakan apabila anda sudah berjaya.
(12) Seorang yang telah berjaya akan berasa lebih bangga untuk menceritakan kegagalan yang pernah mereka alami dan bagaimana mereka menghadapinya berbanding kejayaan.
(13) Tanpa kegagalan, kejayaan seseorang tidak akan lengkap.
(14) Gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamanya.
(15) Setiap kegagalan akan membuka peluang kepada kejayaan yang baru.
(16) Sekali anda gagal, seratus kali anda perlu yakin bahawa anda akan berjaya.
(17) Risiko akan menghasilkan dua jawapan sahaja, kejayaan atau kegagalan.








~ S.a.Y.@.N.g ~

3 cabaran perkahwinan muda

cabaran perkahwinan muda 

Perkahwinan muda adalah digalakkan kerana merupakan satu alternatif terbaik untuk mengurangkan gejala sosial pada waktu ini. Statistik juga menunjukkan peningkatan kes pembuangan bayi antara tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa masalah sosial semakin berleluasa. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan perkahwinan muda. Tetapi, pasangan yang ingin berkahwin muda haruslah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang berkemungkinan akan dialami.

  • Kadar perceraian - Mengikut kajian yang telah dijalankan, kadar perceraian antara pasangan yang berumur bawah 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding pasangan yang dewasa. Ini berkemungkinan disebabkan atas faktor kematangan pasangan tersebut. Sebaiknya, pasangan yang merancang untuk berkahwin muda harus mempersiapkan diri dari segi mental mahupun fizikal terlebih dahulu. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Pastikan anda telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Psikologi - Apabila anda sudah bersedia untuk berkahwin, anda perlu memahami mengenai konsep perubahan psikologi yang perlu dilakukan. Ini merupakan masalah utama untuk pasangan muda kerana mereka masih tidak bersedia untuk melakukan perubahan. Sekiranya anda masih mengikut rentak kehidupan bujang yang dilalui sebelum ini, sudah pasti ia akan membawa masalah terhadap keluarga anda. Perkara ini seharusnya dielakkan dan memerlukan perancangan untuk anda menghadapinya. Komunikasi antara pasangan adalah jalan terbaik
.
  • Tekanan keluarga - Sememangnya, pasangan muda akan mendapat lebih tekanan daripada keluarga. Terutamanya terhadap pasangan yang masih bergantung dari segi kewangan. Cuba elakkan masalah ini secepat mungkin. Sebaiknya, kepada sesiapa yang telah merancang untuk perkahwinan muda, pastikan anda dapat elakkan daripada pergantungan ini. Kehidupan tidak perlulah terlalu mewah, cukup sekadar anda sudah mampu untuk berdikari bersama pasangan. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada menerima pelbagai tekanan yang mungkin akan menimbulkan konflik antara pasangan.
Sekiranya anda telah bersedia untuk menghadapi cabaran ini, tiada masalah untuk anda berkahwin pada usia yang muda. Ia amatlah digalakkan. Cubalah untuk melakukan yang terbaik untuk keluarga anda, sebagaimana ibubapa anda cuba memberikan yang terbaik untuk anda.







~ S.a.Y.@.N.g ~

5 cara untuk katakan ‘TIDAK’ terhadap ibubapa

Untuk membangkang sesuatu keputusan ibubapa adalah suatu perkara yang sukar. Sekiranya anda tersalah dalam cara untuk anda menyampaikan ketidaksetujuan pendapat terhadap sesuatu perkara itu, pasti ia akan menimbulkan pelbagai masalah. Tetapi anda harus faham, ibubapa anda juga manusia yang mungkin kadang-kadang tersilap membuat sesuatu penilaian. Dan anda seharusnya tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini tanpa menimbulkan permusuhan.

INI CARANYA :

Masa - Anda seharusnya bijak untuk mencari masa yang sesuai untuk menerangkan sesuatu ketidaksetujuan itu. Ini adalah kerana untuk menerangkan sesuatu dan untuk memberikan ibubapa anda kefahaman mengenai sesuatu perkara ia akan mengambil masa. Sebagai contoh, sekiranya ibubapa anda sedang dalam keadaan marah, tunggu sehingga kemarahan mereka reda sebelum anda membentangkan hujah anda. Perbincangan yang dipengaruhi emosi kebiasaannya akan menghasilkan keputusan yang mengecewakan.

Beri alternatif lain - Ketika anda sedang cuba memberikan penerangan terhadap ibubapa, jangan lupa untuk memberi alternatif lain. Cuba elakkan daripada menerangkan sesuatu masalah itu dengan panjang lebar kerana ia akan merumitkan lagi keadaan. Lebih fokus untuk menerangkan apa yang anda ingin buktikan kepada mereka. Sebagai contoh, ibubapa anda menghalang anda daripada menceburi bidang kerjaya yang anda minati, fokuskan penerangan anda terhadap matlamat yang anda ingin capai di dalam kerjaya pilihan anda.

Lakukan perbincangan secara peribadi - Anda perlu faham, lumrah manusia yang lebih berusia pasti perasaan ego mereka lebih tinggi. Untuk menyampaikan sesuatu penerangan, anda tidak perlu untuk menyampaikannya dihadapan semua adik beradik yang lain. Cuba lakukan perbincangan secara bersemuka. Dikhuatiri sekiranya anda cuba untuk menerangkan di hadapan adik beradik lain, anda pula dianggap seolah-olah lebih pandai daripada mereka untuk memberikan pengajaran. Perkara ini anda perlu elakkan.

Elakkan penerangan yang terlalu terperinci - Penerangan yang anda berikan biarlah ringkas tetapi padat. Seperti yang sudah dinyatakan, lebihkan fokus untuk menerangkan matlamat yang anda ingin capai berbanding menceritakan sesuatu masalah itu dengan lebih panjang lebar. Ini adalah kerana anda perlu faham prinsip  emosi manusia. Seseorang yang didalam emosi kemarahan, kesedihannya atau pelbagai emosi negatif lain kebiasaannya akan memberikan fokus terhadap sesuatu kata-kata yang indah berbanding perkara yang akan merungsingkan mereka lagi. Penerangan secara ringkas dan padat adalah jalan terbaik.

Pertimbangan - Sebelum anda melakukan sesuatu pembangkangan, anda seharusnya terlebih dahulu memikirkan pro dan contra terhadap sesuatu masalah itu. Jangan sesekali melakukan pembangkangan tanpa anda sendiri tidak tahu kebaikan atau keburukan sesuatu keputusan. Sekiranya anda sudah betul-betul yakin dengan keputusan yang ingin anda lakukan, barulah anda cuba untuk memberikan penerangan terhadap ibubapa. Seseorang tidak akan mampu untuk memberi kefahaman kepada orang lain sekiranya mereka sendiri tidak faham mengenai sesuatu perkara itu.








~ S.a.Y.@.N.g ~

KEYAKINAN DIRI



Keyakinan diri adalah penting untuk menguruskan segala aktiviti didalam kehidupan seseorang. Ini kerana adalah mustahil untuk anda sentiasa bergantung terhadap orang lain.Keyakinan diri adalah merupakan satu proses yang berterusan untuk anda sentiasa meningkatkan taraf keyakinan anda.

Dibawah ini ada sikit panduan yang Farah rasa ianya amat berguna sekali untuk kite meningkatkan keyakinan diri, selamat mencuba..

(1) Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Anda pelu terlebih dahulu mengetahui apakah pencapaian yang membawa makna untuk anda. Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.

(2) Bina minda yang kuat- Pemikiran adalah perkara yang mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya. Tetapi ia sebenarnya memerlukan latihan dan pemakanan yang baik. Mulakan latihan minda anda daripada sekarang.

(3) Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, berkomunikasi dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.

(4) Memahami konsep keyakinan diri- Untuk anda sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri, anda perlu terlebih dahulu memahami apakah konsep keyakinan diri. Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi, ia adalah merupakan proses yang berterusan. Ia bermakna apabila anda tidak berasa yakin untuk melakukan sesuatu, anda perlu membinanya sehingga anda berasa yakin. Begitu juga untuk proses seterusnya yang pasti lebih mencabar. Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung, anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat. Apabila anda menghadapi masalah yang sebelum ini anda pernah hadapinya, pasti tidak akan timbul kesukaran untuk anda menyelesaikannya.











~ S.a.Y.@.N.g ~

Selasa, November 29, 2011

DIA DAH KAHWIN....!!!

Assalammualaikum, semua
thanks sudi jenguk...
Disini Farah nak ucapkan SEMOGA CEPAT SEMBUH 
kepada ABAH ZANA ( sahabat kpd Nazaria )
 semoga Zana & keluarga tabah
menhadapi DUGAAN ini..

**********  ##### *******

Sebenarnye saje nak mencoret kan tentang aktiviti 
semalam...
Semalam dalam pukul 4.30petang
Farah dgn bfF Farah iaitu
AZYAN FARHAH
pergi melawat member 1 class ( 2005 )
JUNAIDAH HASHIM
baru abes berpantang
selepas melahirkan puteri sulungnye...

JUNAIDAH masa sekolah dulu seorang yang agak 
kasar dan becok sikit...
huhuhuhuhu =)
tu tak sangka sekejapan je dia dah jadi seorang 
IBU...
Tahniah makcik...=)
* Oleh kerana dah lame bangat tak bersua muka dgn makcik Jun
sampai terlupe nak snap wajah makcik Jun n baby..
baby girl tu bernama NUR ERINA DANISHA
comel lote baby girl..ikut grupe papa dia..=)

Then, masa berbual ngan JUNAIDAH 
tetiba kat rumah dia ada tetamu
yang bertandang...
rupenye..
yang datang tu 
famili seorang rakan class kami..
JAMALUDIN...

=)
borak...punya borak
kua ler cite pasal si Jamal ni
kakak : owh, ni kawan ( farah,yan & jun ) Jamal ke
Yan : a' ah,kawan 1 class..Mana Jamal sekarang kak.?
Kakak : Jamal sekarang keje Kapal ( company swasta )
Kami : owh.......
Kakak : Jamal dah kahwin jugak. Bulan 6 hari tu..
Kami : La yeke, tak jemput pon =(, kawin ngan orang mane..?
Kakak : Orang Tampin, sepupu dia jugak..=)
Kami : al Kisah nye...
Tahniah ye Jamal..Sekarang ni wife dia tengah pregnant 3 months..
Nak jadi bapak budak dah...

kuangkuangkuang.....
Jamal was my ex boyfrend..=)
semoga berbahagia hendakNya..
* tetibe teringat plak kisah nan lalu...=(





p/s : story tak best pon..=)
tapi nak share jugak...=)








~ S.a.Y.@.N.g ~

Sabtu, November 26, 2011

SALAM MA'AL HIJRAH ( 1 MUHARRAM 1433 )

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
KISAH KAUM MUHAJIRIN
Kekejaman demi kekejaman, penghinaan, penganiayaan yang dilakukan kaum kafir Quraisy terhadap kaum muslimin yang berada di kota Makah semakin menjadi-jadi. Hal seperti ini membuat kaum muslimin melakukan hijrah ke daerah lain misalnya ke Habsyah. Akan tetapi walaupun demikian, masih banyak kaum muslimin yang tetap bertahan di kota Makah dengan suatu keyakinan bahwa pertolongan Allah pasti akan datang. Dengan demikian malah kaum muslimin semakin bertambah..
Walaupun banyak gunjingan, hinaan, cacian, makian, penganiayaan dan sederet hal yang tidak baik, para pengikut nabi Muhammad SAW tetap setia. Untuk menghindari kekejaman yang berkelanjutan dari kaum kafir Quraisy . Rasulullah SAW memerintahkan kepada pengikutnya untuk berhijrah. Kaum yang berhijrah atas perintah rasul tersebut kita kenal dengan sebutan kaum muhajirin.
Secara terperinci isi perjanjian yang dibuat Nabi Muhammad SAW dengan kaum Yahudi sebagai berikut:
1. Kaum Yahudi hidup damai bersama-sama dengan kaum Muslimin
2. Kedua belah pihak bebas memeluk dan menjalankan agamanya masing-masing
3. Kaum muslimin dan kaum Yahudi wajib tolong menolong dalam melawan siapa saja yang memerangi mereka
4. Orang-orang Yahudi memikul tanggung jawab belanja mereka sendiri dan sebaliknya kaum muslimin juga memikul belanja mereka sendiri
5. Kaum Yahudi dan kaum muslimin wajib saling menasehati dan tolong-menolong dalm mengerjakan kebajikan dan keutamaan
6. Kota Madinah adalah kota suci yang wajib dijaga dan dihormati oleh mereka yang terikat dengan perjanjian itu
7. Kalau terjadi perselisihan diantara kaum yahudi dan kaum Muslimin yang dikhawatirkan akan mengakibatkan hal-hal yang tidak diinginkan, maka urusan itu hendaklah diserahkan kepada Allah dan Rasul-Nya.
8. Siapa saja yang tinggal di dalam ataupun di luar kota Madinah wajib dilindungi keamanan dirinya kecuali orang zalim dan bersalah, sebab Allah menjadi pelindung bagi orang-orang yang baik dan berbakti.
KISAH PERJUANGAN KAUM ANSHAR
Semenjak peristiwa Isra’ Mi’raj, Nabi Muhammad SAW mengalami kendala dalam menyiarkan agama Islam di Makah. Tantangan dan hambatan yang bertubi-tubi dari kaum kafir Quraisy dihadapi Rasulullah SAW di Makah selama tiga belas tahun. Walau demikian pengikut Islam semakin bertambah banyak.
Realita yang demikian membuat kaum muslimin di Madinah mengajukan saran kepada nabi Muhammad SAW dan pengikutnya untuk segera berhijrah ke Madinah dan ajuan saran itu berulang kali. Ajuan saran ini terjadi pada tahun ke 13 kenabian dengan 73 orang penduduk Yatsrib dari kaum Khazraj ke Makah. Akhirnya ajuan saran tersebut direstui Nabi dan nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Kaum muslim Madinah menjamin keselamatan Nabi Muhammad SAW beserta pengikutnya sebagaimana yang termuat dalam perjanjian Aqabah ke satu dan Aqabah ke dua.









P/S : untuk info lebih lanjut kalian buleh GOOGLE ye..nanti panjang menjela kat entry ni penat plak kalian nak membaca kan…=)
dan jangan lupa baca doa akhir & awal tahun...=)






~ S.a.Y.@.N.g ~

Jumaat, November 25, 2011

GUNDAH

blogJogging....:
~ http://ohislam.com
~ http://keretamayat.blogspot.com
***********######*************
 
Assalammualaikum w.b.t
hari ni hari Jumaat
semoga apa saja yang kita niatkan *niat yang baik-baik je
akan di makbulkan..

hurmm....
kenapa hari ni entry Farah
bertajuk GUNDAH...?
saat Farah menaip entry ini
air mata mula bertakung
Farah sendiri tak taw apa masalah Farah
* eh,yeke Farah tak tau..?

sebenarnya Farah dalam kebuntuan
apa yang sedang Farah pikir kan..?
kawan-kawan...yang disayangi
* air mata mula nak menitik..=(

Farah nak berubah
ke arah yang lebih baik...
Farah tahu cara untuk berubah
Tapi.....Kenapa
kenapa
Farah rase begitu payah sekali
untuk kearah itu...?
Farah perlukan seorang teman..
  yang begitu tegas & kuat 
untuk membimbing dan menarik 
Farah dari terus tersungkur...
Farah ingin menjalani kehidupan
sebagai wanita yang
bertudung menutup aurat 
bukan menutup kepala..
menjaga pemakaian dan hubungan baik
dengan ibubapa Farah...

Kenapa Farah masih lagi ego
untuk memohon kemaafan
dari kedua ibubapa Farah...
* airmata kian bercucuran...
Farah tahu...dan Farah sedar
hati Farah tak tenang selagi Farah
tidak
memohon kemaafan dari mereka..
Farah ingat satu ayat..
" walau kita banyak melakukan amal kebaikan
& beramal soleh, jika kita melukakan hati ibubapa kita,
segala amal kita itu hanya lah sia-sia belaka"...

Farah tak bisa untuk meluahkan
pada sesiapa
hanya disini tempat nye...

Farah tahu cara untuk berTAUBAT
tapi Farah sentiasa
bertangguh-tangguh akan niat itu
KEJAM nye Farah pada
DIRI SENDIRI...

Mungkinkah ini Hidayah dari Allah s.w.t..?
" Ya Allah, janganlah Engkau membolakbalikkan hatiku
setelah Engkau kurniakan aku petunjuk Mu"..



"Ya Allah"....
"Allahuakbar"


p/s : Kawan-kawan jangan bertangguh dengan setiap niat baik kalian..
semoga Farah & kalian sempat berTAUBAT sebelum terlambat...
InsyaAllah....





~ S.a.Y.@.N.g ~

SOLAT 5 WAKTU


Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?







p/s: ni Farah c&p dari oh.islam.com....Semoga perkongsian ini mampu membuka hati kalian untuk bersolat.....
        jom ler kite start solat 5 waktu yang banyak manfaatnye..Jom tolong diri sendiri...




~ S.a.Y.@.N.g ~

Khamis, November 24, 2011

RAMBUT oh RAMBUT....

Cousin Farah selalu bising kat Farah " Kaklong macam mana nak buat rambut lebat ea"..." Kaklong kenapa rambut Shikin ni nipis<tengok da nak botak kepala kite"...."Kaklong....kaklong....kaklong..."....kaklong pon tak dapat nak buat apa kat Rambut ko tu Shikin oii....Kaklong bukan PAKAR rambut deq non.....ni ha,....kaklong da google pasal rambut yang dikatakan MAHKOTA wanita tu...


Baca & cuba la menDISIPLIN kan diri tu buat treatment seperti di bawah ni...

Rasanya ingin sekali mempunyai rambut panjang yang tebal dan kuat dalam waktu relatif singkat. Namun, kenyataannya, rambut kita hanya akan tumbuh kira-kira 3 cm setiap bulan. Oleh sebab itu, tidak jarang orang akan mengambil jalan pintas dengan melakukan hair extension (rambut sambungan). Adakah cara lain?

Sebenarnya baik tidaknya pertumbuhan rambut kita bergantung pada beberapa faktor, seperti genetik, keadaan kesihatan, dan sebaik apa kita merawat mahkota kita tersebut. Kita tidak mungkin mendapatkan rambut panjang hanya dalam semalam, tapi sekurang-kurangnya ada beberapa cara boleh mempercepatkan proses pertumbuhannya:

1. Gunakan minyak esensial, seperti lavender, basil, jelatang, dan lemon. Aplikasikan beberapa titis sahaja salah satu minyak esensial tadi dengan menggunakan pipet pada kulit kepala kita. Lakukan urutan lembut pada keseluruhan bahagian rambut dan kulit kepala, lalu biarkan semalaman. Pagi harinya, kita tinggal mencuci dan membilasnya hingga bersih.


2. Peraturan 8 gelas air putih setiap hari akan membuat kulit dan rambut kita menjadi lebih sihat dan indah. Dapatkan pengambilan air yang cukup memang tidak secara langsung akan membuat rambut tumbuh lebih cepat, tetapi tubuh yang terhidrasi dengan baik akan mampu mencegah dari ancaman rambut bercabang. Itu ertinya, kita tak perlu merapikan rambut (trimming) secara rutin dan rambut boleh berkembang tanpa "gangguan".

3. Bersenam secara teratur dapat meningkatkan sistem peredaran darah hingga ke seluruh bahagian tubuh, termasuk kulit kepala. Semakin baik peredaran darah kita, tandanya semakin banyak pula darah dan nutrisi yang disediakan untuk folikel rambut.

4. Menyisir rambut dengan tepat. Gunakanlah natural boar brush yang mempunyai bulu berus yang halus dan perisian rambut serta kulit kepala kita. Menyikat mampu merangsang proses pengeluaran minyak kulit kepala yang bertugas menyegarkan rambut dan kulit kepala kita. Jika rambut kita termasuk jenis yang berminyak, hindarilah menyisir terlalu kerap kerana hal tersebut hanya membuatkan rambut kita semakin berminyak.


5. Jaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Biasakan untuk mencuci rambut kita secara teratur untuk menghilangkan segala kotoran, debu, dan pengumpulan minyak yang terkumpul pada rambut kita. Menggosok dapat membersihkan kotoran yang menyumbat pori-pori di kulit kepala yang boleh menghalang pertumbuhan rambut. Selain itu, menggosok juga merupakan aktiviti urutan yang baik pada kulit kepala untuk merangsang dan menyediakan jalan rambut baru untuk tumbuh dengan mudah.

6. Memperbanyakkan pengambilan protein akan membantu rambut tumbuh lebih cepat. Sedangkan makanan yang mengandungi lemak tepu boleh melambatkan proses pertumbuhan semulajadi rambut. Makanan seperti telur, yogurt, kacang almon, kacang mete, dan susu, merupakan sumber protein yang baik untuk menyokong pertumbuhan rambut. Kemudian kita boleh optimalkan juga dengan memasukkan makanan yang mengandungi vitamin A, B, C, E, zink, dan zat besi (seperti daging lembu, bayam, yogurt, dan ikan) dalam menu harian kita.



~ S.a.Y.@.N.g ~