Khamis, November 01, 2012

BJY 2526

Assalammualaikum....

Sepatotnye entri ni masuk pada 30hb oktober tapi
Farah terlupe sudahhh...

Al maklum la sibuk bebenau...
uruskan umah & adik farah yang dua org nii
macam2 ragamm...

tengok tajuk entri pon dah taw
tu plat sebuah kenderaan kan

iye...itu plat kereta Farah
hadiah besday yang ke - 24tahun..
thanks a lot to my luvly dad, En.Zulfa Aziz

Pernah berangan untuk memiliki sebuah
kereta, tapi bukan lah secepat ini...
rase belum mampu lagi
untuk memiliki sebuah kereta

'kereta kecil ku warna putih,boleh ku bawa ke sekolah'
hehehehe
dah sebulan Farah memandu kereta tu
kereta tu secondhand
ayah beli dr bos dia

Cik sheikh..
masa mula2 nak amek kereta tu
di Kampung Melayu Subang
rumah Cik Sheikh bersaksikan ayah,Wada,Rayyan,isteri Cik Sheikh & anak2 beliau
pada pukul 12tengah hari pada 30 September 2012..
Pesan Cik Sheikh masa tu
"Jangan suke sangat dapat kereta baru, baca Bismillah. Drive hati2"
heheheh dlm hati memang happy gilerr
Syukur Alhamdulillahh..;)

sejak sebulan ada VIVa ni
tak senang hati kalau sehari tak duduk dalam nye
hahahah
'gayat'
hehehe
biasalah kan kalau kite dapat sesuatu yang tak disangke
begitulah jadi nye..
diri umpama hilang kawalan


kereta kecil Farah tu berGear automatik
ayah umpama tak yakin Farah drive Manual
Farah akui farah belum cekap memandu &
sedikit gopoh...
akan diperbaiki sikap itu..
sebab merbahaya pada diri Farah & penumpang kannn

ok lah takat ni aje...

p/s ::: memandu tu hati2 ye kawan2...ingat lah orang yang tersayang...& sayangi kenderaan anda sebab pape terjadi..nanti fulus kite juga yang terbanggggg...hehehehe...

~ S.a.Y.@.N.g ~

o00oooo balik kampung ooo00oo

Assalammualaikum...

holaaaaaa
;)
ni Farah nak cerita tentang
perjalanan balik ke kampung
bersama adik & suaminye

Farah gerak dari umah Ampang pada pukul
9malam (khamis)
Farah ni bijak sangat pi lalu jln hway DUKE
dah tempuh 'jem'
makkkkkkkkkkk oiiiiii
.......
Lenguh kaki makcikk
Farah lalu situ sebab nak pi amek
adik Farah kat umah Mertua dia
di Sentul...
Sampai sane pukul 10.30malam..
relax jap..
tumpang toilet..hehehe
adik Farah loading  barang2 dia..
pukul 11 gerak dari Sentul..
Farah yang drive...sebab adik ipar Farah dia baru operation
10hb oktober hari tu dia excident,patah kaki kiri...

Kami lalu hway plus...
elok2 lepas je tol...
ok.....
baik punye'jem'
kenderaan gerak slowwww sgttt...
sukeeee sgtttt

lepas je tol senawang
Alhamdulillah,
jalan clearr abes
terasa macam jalan tu Farah yang punyeee...
huhuhuhu

Naik hway Bukit Putus
dah pukul 1.30pagi
naikkkk...naikkkk...tekan minyakkkk
eiiittttttt...mak oiiiii banyak nye warna merahhh
'lampu brek' la tuuuu
urmmmmmm...
tu la...
sape suruh berangan lagiii
"ini jalan ana yang punya"
kannnn dah kena....
amek kau
2jam sangkut kat atas bukit tu...
septot nye 15 minit je dah boleh turun dari bukit tu...
urmmmmm....nasib la labuuu

punce jalan sesak sebab jalan sedang dibaiki..
that's all...
akhirnye,Alhamdulillah selamat sampai kat umah
pada hari Jumaat pukul 4.30 pagi....

Kesian Ibu,Abah & adik2
sebab risau sampai tak tidur lena..
heheheheh

p/s:::: 1st time drive balik kampung untuk berhari raya....heheehheeh
pengalaman yang menarikk...

~ S.a.Y.@.N.g ~

Khamis, Oktober 25, 2012

RAYE AJI....

assalammualaikum....

Farah ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha
kepada semua rakyat Malaysia...

balik kampung tu memandu hati-hati..
farah..?
urmmm...
Farah masih lagi di rumah ayah
kat Lembah Jaya Utama,Ampang...

Tunggu ayah habis kerja 
barulah Farah boleh berangkat
pulang ke rumah ibu di
Bahau,N.Sembilan...

Kawan-kawan ini ada sikit info 
tentang Hari Raya yang bakal kita sambut 
pada esok hari..
InsyaAllah...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
  
Hari Raya Aidiladha dalam hadis
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Rujukan :::  Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


p/s ::: Semoga info ini dapat menambah lagi pengetahuan kita semua...Mohon maaf pada semua andai ada kata-kat yang menyinggung kalbu...Selamatttt hari rayeeee....tata...;)


~ S.a.Y.@.N.g ~

Isnin, Oktober 22, 2012

Al- Fatihah

Assalammualaikum...


Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua
 ibu bapa kita tak kira mereka masih
 hidup atau telah meninggal dunia
 nescaya luas pintu rezeki kita.. 
Amin..



p/s ::: 22 oktober,hari ni genap 16tahun, nenek Farah sebelah ibu Khadijah Yahya "pergi" ke dunia nan abadi...sayang terlalu merindui mak,,,:(
blog ni Farah abadikan kenangan bersama mak...
16 oktober yang lalu genap 6 tahun nenek Farah sebelah ayah Hajah Sarom Yahya "pergi"...rindu pada kedua2nya...hanya Al-Fatihah jadi pengubatnye...



~ S.a.Y.@.N.g ~

TENTANG SEORANG AYAH

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tap

i tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.

 Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

p/s :::: Teringat masa adik ketiga Farah nak nikah..ayah Farah yang berjabat tangan dengan adik Ipar Farah..masa tu rase nak menanggis sebab jangkaan Farah ayah akan pass tugasan nye itu pada imam..sebab keadaan ayah Farah tak mengizinkan untuk Ayah duduk bersila...tapi kuasa Allah mengatasi segalanya...syukur tak terhingga padaNya..

~ S.a.Y.@.N.g ~

BULAN ZULHIJJAH


Assalammualaikum.....



Amalan Puasa Bulan Zulhijjah

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping 
memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, 
digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di ma
lam Lailatulqadar.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang le
bih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam 
hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam
 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu
 menyamai puasa setahun dan qiamulail
 (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama
 qiamulail setahun.”

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,
 Rasulullah SAW bersabda:
 “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain
 yang lebih disukai daripada hari-hari ini
 (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).”
 (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari
 Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW: 
 “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa 
sembilan hari di awal bulan Zulhijjah,
 di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang 
pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” 
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Rasulullah SAW bersabda:
 “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian
 kebaikan dalam hari-hari sepuluh,
 jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah 
sebab ia mengandungi kebaikan
 (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang
 dapat dihitung oleh ahli hitung.”
 (Riwayat Abu Dardaa.)

Generasi Jutawan Iman & Taqwa


~ S.a.Y.@.N.g ~

warna warni

assalammualaikum..
lama dah Farah tak jenguk sini...
tiap2 hari teringat nak menaip
tapi kesihatan tak mengizinkan
mata jadi pedih bila ngadap pc lame2..
urmm

hari ni pon tak sihat
biasa lah perempuan bile tibe waktu nye
harus lahhh dapat cuti semester tiap bulan kann
huhuuhu

actually Farah nak luahkan rase hati
oleh kerana Farah sedang kesakitan
jd tempat Farah ada di atas katil yg ak berapa nak empuk
ni...hehehhe
b'syukur lah Farah oiii...;)

dah dua hari berkurung je dalam bilik
umah tak terurus..
tadi bile dah lega sakit ni..
Farah keluar g sidai baju 
terasa menyesal pon ada sbab terlalu ikut kan kesakitan ni
tetibe Farah rase rugi nye aku berkurung dalam bilik
memasam kan muka...

apalah salah nye bile kite sedang sakit..
kite gagahkan diri untuk membersihkan mata ni
memandang alam sekitar
then...
senyummmmmm...smileeeee
insyaAllah kesakitan itu akan luput sikit..
rugi...rugiii
teramat sangat....

hidup ini adalah peluang Allah berikan pada kita..
jadi kenapa kita nak menyuramkan nye.?
penuhi hidup kite dengan warna2 yang ceria..
lakukan aktiviti bermanfaat yg sesuai dengan keadaan
kesihatan kite...

p/s ::: nak menyesal pon tak guna...so,mulai saat & ketika ini jom kite conteng hari2 kite bakal lalui dengan warna2 yang indah...Setiap kesakitan Allah sertakan dengan penawarnye..kite je yang MALAS nak berusaha mencari penawarnye....i like rainbow.....;)


~ S.a.Y.@.N.g ~

Sabtu, Ogos 04, 2012

::: Perlu & Nak :::

Bismillahhirrohmannirrohim....
Assalammualaikum,sahabat....

Jika hari ini kite berasa sunyi
tanpa sahabat yang ramai
maka bersyukur lah...
Jika hari ini tidak ramai lelaki/wanita
yang mahu berkenalan dengan kita
untuk dijadikan kekasih 
maka bersyukur lah
Jika hari ini kita tidak dapat 
membeli pakaian/brgan idaman
maka bersyukur lah...

kerana

semua itu kehendakNya..
pasti ada kebaikkan
disebalik semua yang terjadi
Dia memberi mengikut kePERLUan kita
BUKAN 
keHENDAK kita....

Jadi janganlah sahabat merasa rendah diri,kecewa
cemburu atau apa jua 'penyakit' hati lain..
Hadapi hidup ini dengan aura positif...
kalau tiba-tiba berasa 'sesuatu' dlm diri tu
cepat-cepat muhasabah diri
cari kata-kata motivasi
agar diri kalian sentiasa berkeyakinan...
=)

p/s :: Hargai apa yang kite ada sekarang..sebelum kita kehilangannya...
::::: psssst..baru elok demam...Alhamdulillah...


~ S.a.Y.@,N.g ~

Selasa, Julai 24, 2012

Pasport Malaysia


assalammualaikum, sahabat sekalian
hari ni Farah saje nak share tentang
keterujaan Farah dah ada pasport...
*jakun kan...
heehehehhe
urm...tak lame pon proses nak bikin pasport ni
mayb hari ni tak ramai customer 
kat Jabatan Imigresen Caw Wangsa Maju...
tu cepat je proses ny...
Farah sampai kat sana kol 9.30 pagi
terus p amek gambar untuk pasport
 siap dalam 15minit je..
dan
buat salinan kad pengenalan..
borang memang dah siap isi kat umah..

Then, terus p kat kaunter..
pegawai situ check borang sume bagai
dapat no 1095 pada 10.09 pagi..
 farah g ngan ayah n adik lelaki farah...
tapi adik farah tak dapat buat sebab ada dokumen 
yang tak lengkap...
Tunggu giliran Farah pon tak lame dalam 15 minit je..
dapat kat kaunter 15..pegawai nsem...yuuhuuu =)
*miangnye* Farah...heheheh
pegawai tu nama dia Amir Hamzah..
amek cop jari kiri & kanan..
pas tu dah proses...
tunggu ag tok pembayaran pula..
Farah buat untuk tempoh 2tahun
sebanyak RM 100...
bayar kat kaunter 7...
dah bayar..Farah keluar g beli Majalah GenQ
=)
ayah g teman Rayyan makan roti canai kat kedai
depan Pejabat Imigresen tu...
Farah masuk dalam semula..
Tunggu nak amek Pasport...
selepas tunggu selama 20minit
Farah pon dah ada pasport di tangan
Cik Mek Farah senyum lebauuu....heheheeeee
sebab apa buat pasport
sebab in plan Farah nak ikut mama balik Indonesia..
dan in plan juga Farah nak g melancong...=)
cari pengalaman hidup...
keseluruhannya pemprosesan pasport Farah hanya
1jam sahaja tanpa masalah..
Alhamdulillah...



p/s : Jom pergi melancong...hoooreyyyy...=)


~ S.a.Y.@.N.g ~




Isnin, Julai 23, 2012

Doa Dhuha

Ya Allah...
Sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
Kecantikannya, kecantikanMu,
Keindahannya, keindahanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
kekuasaannya, kekuasaanMu
perlindungannya, perlindunganMu.

Ya Allah...
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah.


Berkat waktu dhuha,
kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku
segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 
 
 
p/s : skop rezeki itu meluas..jom amalkan solat sunat dhuha..semoga sama-sama kte mendapat keberkatan rezeki...

saya suka membaca





Sabtu, Julai 21, 2012

Ayat-ayat cinta

#  Cinta Hadir karena perkenalan,
 bersemi karena perhatian,
 bertahan karena kesetiaan.
 Namun cinta bisa gugur karena KEBOHONGAN..

#  Bercinta memang mudah,
 untuk dicintai juga memang mudah. 
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.

#  Siapapun pandai menghayati cinta, 
tapi tak seorangpun pandai menilai cinta
 karena cinta bukanlah suatu
objek yang bisa dilihat oleh kasar mata, 
sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan 
melalui hati dan perasaan.

#  Hal yang menyedihkan dalam hidup 
adalah ketika kamu bertemu
 seseorang yang sangat berarti bagimu,
 hanya untuk menemukan 
bahwa pada akhirnya menjadi tidak
 berarti dan kamu harus
 membiarkannya pergi.

#  Satu-satunya cara untuk melakukan 
 pekerjaan besar adalah dengan mencintai
 apa yang Anda lakukan, 
walaupun sebenarnya anda
 membencinya.





p/s : Cinta hanya akan indah pabila berpondasikan kasih sang pencipta. Karena Cinta berasal dari-Nya Dan cinta yg paling utama adalah cinta kepada sang pencipta cinta


~ S.a.Y.@.N.g ~

Ramadhan 2012....

Salam Ramadhan Al Mubarak
kepada yang singgah di sini
kepada keluarga,sahabat dan kenalan....
Semoga Ramadhan kali ini
menjadi penuh makna...
dan
anggaplah Ramadhan kali ni
sebagai Ramadhan terakhir
untuk kite.....
Hargailah apa yang kite ada.....
Sebelum semuanye hilang...









~S.a.Y.@.N.g ~

Selasa, Julai 10, 2012

keluarga saya O_o

ZULFA BIN AZIZ ( Ayah )    +    ROSMAWATI BT MOHD ( Ibu )

=

1. NURFARAHIDHAYAH BINTI ZULFA
2. SITI NUR BAIEZURA BINTI ZULFA*
3. NUR HAYATIE BINTI ZULFA + MOHD SHARUL BIN MD SAH**
4. NURFAZLIN BINTI ZULFA
5. AINNURZULFADZILLAH BINTI ZULFA
6. SITI AISHAH BINTI ZULFA*
7. NUR FATIN ZULAIKHA BINTI ZULFA*

#  Ibu & Ayah kandung saya bercerai.....
(*) Mereka dipelihara oleh keluarga angkat masing2...
(**) adik ipar

maka,

ROSMAWATI BT MOHD    +    YAHAYA BIN MAULOD ( Abah )

=

1. RABI'ATUL RAUDAH BINTI YAHAYA...

...................................................

ZULFA BIN AZIZ    +    LENIWATI  BT DASRIL ( Mama )

=

1.  NUR SUHADA BINTI ZULFA
2. ADI RAYYAN BIN ZULFA
3. ( BAKAL LAHIR )  ;)




~ SEKIAN ~


p/s : kata orang sekeliling keluarga saya unik,,,,
        Pada saya,keluarga saya biasa saja...:)




~ S.a.Y.@.N.g ~




Sabtu, Julai 07, 2012

Tayangan Hari Guru
















~ S.a.Y.@.N.g ~

Modul 4 - Biskut *_*


Produk pertama kami
~ Tart Nenas ~
 
Almond Oreo

05052012 - Program Gen Y



Hasil kerja tangan Cikgu Masyitah Mohamad



01052012 - muzium part 1





Kami di KFc 0_o


Faris, Fateha, Hanisah & Asyraf


Aina, Syafiza & Ain


Zul & Sabirah


Madhiah & Suria


Mereka


Kami ^_^
geng c&b sesi 1/2012
GiatMara Batu Rakit,Terengganu...

Isnin, Jun 25, 2012

KERINDUAN

assalammualaikum,kawan-kawan
happy rasenye dapat menaip kembali
farah sekarang sedang melalui detik-detik waktu terakhir
dengan member-member & cikgu-cikgu di GiatMara Batu Rakit..

Sedih rasenye nak berpisah
tapi itukan lumrah setiap pertemuan....

hurmmm.....
Ada banyak yang farah nak share
tapi bukan di ketika ini....;)
ada banyak kisah sepanjang 6bulan di'rantau' orang..

sekarang Farah sedang berteka teki dengan diri sendiri
samaada nak balik n9 atau menetap di Terengganu
Farah suka Terengganu..
Satu negeri yang membuat Farah rase amat tenang...:)

okay lah dah cukup untuk Farah lepaskan rindu
pada blog kesayangan Farah ni..:)

Have a nice day,uols.....




~ S.a.Y.@.N.g ~

Isnin, Januari 23, 2012

qong Xi qong Xi...

selamat tahun baru cina
kepada semua rakyat Malaysia
yang berbangsa Cina...





~ S.a.Y.@.N.g ~

Isnin, Januari 16, 2012

RINDU SELAMANYA ^_^

ASSALAMMUALAIKUM...

urmm.riNdu nye kat blog ni
Farah sekarang ada di Terengganu Darul Iman
kenapa Farah ada di sini ye..?


Sebab Farah amek kursus
6 bulan kat Giatmara Batu Rakit...

Tak susah untuk Farah sesuai kan diri
dengan suasana di sini
=)

I'm happy here..
ada kawan-kawan baru
yang rata-rata nya
bawah umur dari Farah

but it's ok...
berkawan tak kira berapa pon usia kite kan...


Kenapa Farah dah lama tak update blog..
sebab dari en3 terakhir hari tu
Farah dah start bz..
menyelesaikan segala kerja yang tertunda
dan juga menguruskan segala
keperluan Farah di Terengganu...

Lagipun Farah tak de broadband
so..tak dapat ler nak online
segala aktiviti harian Farah dengan 'tenet'
pon tergendala...
'cc' kan ada..?
 Farah malas nak p 'cc' ok...=)
Lagipun kena berjimat cermat...

sekarang ni Farah on9 kat Makmal Komputer Giat
urmmm.....

Rindu yang tak terkata
kat mY beloved blog ni....
ok lah..
cukup setakat hari ini...
=)






p/s : tak taw ble dapat update lagi...=(