Sabtu, November 12, 2011

UJIAN..

KITE NI BUKAN LAH SEMPURNA
BIAR PON DIA YANG BERSALAH
JANGAN LAH NAK DI HEBOH-HEBOHKAN
BIAR PON BUKAN 
DI HEBOHKAN SECARA JELAS..

KITA JUGAK  HARUS SEDAR
DIA SEDANG DI UJI.!!!
WALAUPON UJIAN ITU
BUKAN DI TUJUKAN PADA KITA..
PANDANG DAN PERHALUSI UJIAN 
TERSEBUT
......

SEBENARNYA UJIAN YANG DI BERIKAN PADA DIA
ADALAH UNTUK KITA BERSAMA

KITA PON ADA MELAKUKAN KESALAHAN 
BERAT SEPERTI DIA
CUMA KITA TIDAK KANTOI
SEPERTIMANA DIA..

JANGAN NAK MEMBANGGA DIRI
KITA BAKAL ADA KELUARGA...

INGATLAH,
SETIAP PERBUATAN AKAN ADA SAMBUNGAN NYA
PADA SETIAP GENERASI....

DIDIKLAH DIRI UNTUK MENJAGA
BATAS-BATAS KEHIDUPAN...
AGAR  UJIAN ITU TIDAK MENJADI
PENYAKIT KETURUNAN...

TOLONGLAH JANGAN MENGAIBKAN ORANG
WALAU BUKAN SECARA JELAS...
KERANA TUHAN ITU MAHA MENGETAHUI NIAT MU,
SAYANG....

KITA PUNYAI OTAK, KITA PUNYAI AKAL
JADIKAN SETIAP YANG BURUK ITU
SEBAGAI SEMPADAN ,
YANG BAIK ITU SEBAGAI PANDUAN...

JANGAN SESEKALI MERASA DIRI ITU
CUKUP BAGUS UNTUK MENENTANG SEGALA
KOMEN TENTANG DIRI MU...

BUANG JAUH-JAUH EGO MU,SAYANG
AGAR KELAK DIRI MU SELAMAT...

:::::: KHAS UNTUK DIRI KU DAN
JUGA
ADIK-ADIK KU YANG TERSAYANG.....














~ S.a.Y.@,N.g ~




Jumaat, November 11, 2011

111111

assalammualaikum,semua....
bertemu kembali...=)
apa..? rindu Farah...?
ala,baru sehari je tak jengah sini..=)
( budak kecil : "elok la tu Farah...feeling sengsorang k...")
hehehe...=)
Farah tak kemana..busy dengan kerja je semalam...


ok la..ok la....
nak cerita pasal hari ni..
apa yang terjadi ye...?
=)

tak de pape yang serius pon...
hanya nak kongsi..
tentang 111111 tu..
hari ni besday mY beloved cousiN
NUR AIN MUSTAPA

dan hari ni juga dia Konvo diploma KEJURURAWATAN...
dari KOLEJ UNIVERSITI MAHSA (damansara)
TAHNIAH aiN  
daN
SELAMAT ULANGTAHUN yang ke 21...
semoga bertambah matang dan 
tahu ke mana ain nak tuju
dan apa guna nye diploma yang
ain dapat tu...ok,DEar..
pas nih nak p cari kerja 
tolong jangan suruh KAKLONG 
p interview untuk Ain k...=)

siapa AIN ni ye..?
Ain ni sepupu farah sebelah ibu...
hanya dia seorang yang selalu menyibuk hal kaklong dia ni
dan hanya dia seorang yang berJAYA 
korek rahsia kakloNg dia Nih...
haishhhh....

 ni ABAH dan MAMA ain...



ini lah dia orang nye...
cik NUR AIN BTE MUSTAPA



p/s : 'budak kecil' tu maksudnye suara hati kite..mesti korang pon ada 'budak kecil'ni...=) yang kejap baik,kejap tak baik 'budak kecil' tu...=)









~ S.a.Y.@.N.g ~

Rabu, November 09, 2011

ILHAM


MAAF LA YE PADA YANG SUDI
BERTANDANG KAT BLOG FARAH NI
KADANG-KADANG
DALAM SATU HARI TU
ADA LEBIH DARI SATU ENTRY

BUKAN NYE APA
MUNGKIN TIME TU FARAH BOSAN
ATAU
ILHAM NAK MENAIP N CAKAP SORANG2 TU
DATANG BERTIMPA-TIMPA..
=)

HOPE KORANG TAK BOSAN MEMBACA
KALAU ADA YANG SALAH TU
PLEASE LEAVE A COMMENT
AGAR FARAH BOLEH PERBETULKAN
APA
YANG SALAH..


 KALAU DAH BACA TOLONG TINGGALKAN
JEJAK ANDA, AGAR
FARAH BOLEH
P ' JALAN-JALAN ' KE
TEMPAT AWAK SEMUA K...
TERIMA KASIH, SEMUA....
=)





~ S.a.Y.@.N.g ~


Kisah Penjual Tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup.Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untu...k pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat Allah SWT dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan.

Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi."Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

Perempuan tua itu pun berserah pada Allah SWT dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah SWT akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun muram seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi,para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah SWT, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ni." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya Makcik, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah SWT.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa anak hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu yang masih dalam keadaan terkejut, mengalirkan air matanya. Tidak menyangka bahawa betapa besarnya kuasa Allah SWT dan betapa sayangnya Allah SWT pada hambanya dan memberikan keajaiban kpd hambanya.

Tempe yang tidak menjadi , difikirkannya sebagai satu keburukan akhirnya menjadi satu kebaikan. Perempuan tua itu menadah tangan tanda syukur, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah yang kita sendiri tidak dpt fikirkan dan berada di luar jangkauan kita. Dalam diam dia berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah SWT...

Moral :-

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah SWT sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah SWT 
 
 
 
 
 
~ S.a.Y.@.N.g ~

Selasa, November 08, 2011

UBAH DIRI KITA

KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA ::

1)... "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.." Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..." Jawapan: Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?" Jawapan: Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?" Jawapan: Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..? Jawapan: Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...








~ S.a.Y.@.N.g ~

Isnin, November 07, 2011

H.A.P.P.I.E.S...SMILeeeeeee....

ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT PETANG UOLSssss...

BETUL LA TAK SALAH MASUK DEH..
NI BLOG FARAH...
=)
 HUHUHU

BARU TUKAR 'BAJU LER'...
=)


TU YANG HAPPY SEMACAM JER
A LOT THANKS TO NAZARIA NAWARI
http://nazaria88.blogspot.com
SEBAB SUDI BAGI TUNJUK AJAR PADA
FARAH NI HAaaaa....


SEBENARNYE TENGAH BOSAN
STAY KAT UMAH SENGSORANG
SELURUH ISI RUMAH NI PEGI
NGAYAU BERAYE KE MANE NTAH...
 
TU YANG GODEK ISI KANDUNGAN BLOG NI...
=)

OK LAH, NANTI SAMBUNG EN3 LEN PLAK YE...
SELAMAT BERIADAH UOLS....=)







~ S.a.Y.@.N.g ~

Ahad, November 06, 2011

HATI INI

HATI FARAH MULA ADA BUNGA-BUNGA 
YANG CERIA DAN MAKIN MEKAR
BERKEMBANG..
SYUKUR ALHAMDULILLAH
ALLAH TELAH MEMULANGKAN SEMULA
'RASA' ITU PADA FARAH...

FARAH KIRA MASIH BELUM TELAMBAT
UNTUK FARAH
MEMBUKA SEMULA PERASAAN FARAH
PADA INSAN BERNAMA
LELAKI...

MOGA FARAH AKAN DAPAT LELAKI 
YANG FARAH IMPIKAN..
JIKA SEBALIK NYA YANG FARAH
DAPAT..INSYAALAH
FARAH AKAN BERMOHON PADA ALLAH S.W.T..
AGAR BERI KAN FARAH PELUANG 
UNTUK MELIHAT APA HIKMAH NYA
DISEBALIK PEMBARIAN NYA ITU...





~ S.a.Y.@.N.g ~