Jumaat, Disember 02, 2011

ADAB MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN

Semua pon tahu dan akan 
menyambut " besday " setahun sekali kan.
Sini ada satu hadis yang Farah nak share,

Daripada Ibnu Abas sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: 
" Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah selepas
perkara fardu (wajib) ialah membawa kegembiraan
kepada seseorang Muslim." Hadis riwayat at-Thabroni.

Berdasarkan hadis di atas, jelas sekali Islam menyuruh umatnya 
supaya mendatangkan kegembiraan kepada orang lain termasuk 
sambutan hari lahir...
Tapi ada adab-adab nya, jangan dok main redah je ok...

SAMBUTAN ALA KADAR 
* Cukup sekadar sederhana tapi meriah.
* Ikutlah sunnah Rasulullah SAW yang sentiasa berpuasa sunat
    pada hari isnin kerana hari lahirnya jatuh pada hari tersebut.

NIAT YANG IKHLAS
* Sebelum berhasrat mengadakan majlis sambutan hari lahir, niat di hati perlu ikhlas
    untuk menjamu setiap tetamu yang datang. Jangan hanya memikirkan soal hadiah
    & juga wang ringgit yamg akan diberikan oleh tetamu. Jika niat kalian sudah meyeleweng
    maka majlis tersebut tiada maknanya..=)

MELAYAN TETAMU
* Majlis lebih baik di adakan di rumah kerana lebih selesa.
* Sekali pun orang yang tidak disukai datang ke rumah, anda perlu senyum
   & melayan mereka dengan baik. Ia sudah memberikan kalian pahala kebaikan.
* Jangan bezakan darjat.

MEMBERI HADIAH
* Perkara ini tidak wajib tetapi kalian perlu memahami situasi.
* Tidak perlu hadiah yang mahal.
* Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: " Salinglah memberi hadiah nescaya
   kamu akan saling menyayangi." ( hadis riwayat al-Bukhari).

TIADA UNSUR HARAM
* Sering kali diingatkan supaya jangan mengikut gaya orang barat apabila membuat apa jua majlis.
* Contohnya, menari, menyanyi & paling ditegah ialah minum arak.
* Sepatutnya ia diiringi dengan alunan doa & juga bertujuan mengeratkan silaturrahim 
   antara saudara mara & sahabat handai..







 ~ S.a.Y.@.N.g ~

Khamis, Disember 01, 2011

LIDAH

Lidah adalah kumpulan otot rangka pada bahagian tingkat mulut yang boleh membantu pencernaan makanan dengan mengunyah dan menelan. Lidah dikenali sebagai indera pengecap yang banyak mempunyai struktur tunas pengecap. Lidah juga turut membantu dalam tindakan bicara.Juga membantu membolak balik makanan dalam mulut .

== Struktur == Sebahagian besar, lidah tersusun atas otot rangka yang terlekat pada tulang hyoideus, tulang rahang bawah dan processus styloideus di tulang pelipis. Terdapat dua jenis otot pada lidah iaitu otot ekstrinsik dan intrinsik.

Lidah mempunyai permukaan yang kasar kerana adanya tonjolan yang disebut papila. Terdapat tiga jenis papila iaitu:

    1. papila filiformis (fili = benang); berbentuk seperti benang halus;
    2. papila sirkumvalata (sirkum = bulat); berbentuk bulat, tersusun seperti huruf V di belakang lidah;
    3. papila fungiformis (fungi = jamur); berbentuk seperti cendawan.

Terdapat satu jenis papila yang tidak terdapat pada manusia, yakni papila folliata pada haiwan pengerat.

Tunas pengecap adalah bahagian pengecap yang ada di pinggir papila, terdiri daripada dua sel iaitu sel penyokong dan sel pengecap. Sel pengecap berfungsi sebagai reseptor.


Titik-titik atau bahagian putih pada lidah boleh menjadi tanda-tanda beberapa keadaan perubatan:

     * Kesan sampingan dari antibiotik
     * Candidiasis
     * Debauch
     * Dehidrasi
     * leukoplakia
     * Keratosis faringis

Namun saat ini banyak penyelidik yang memasukkan rasa kelima iaitu gurih atau sedap yang ditamukan pada makanan yang bayakan protein pada daging, ikan dan sebagainya. Rasa-rasa dasar ini boleh berubah sehingga kita dapat merasakan rasa busuk atau berracun dari rasa pahit dan asam. Rasa manis membantu kita untuk mengenalkan makanan yang menyihatkan atau kaya kalori, rasa masin diperlukan untuk setiap funsi tubuh, dan rasa gurih boleh membantu kita mengindentifikasikan makannan yang kaya dengan protein. Ada beberapa orang yang mempunyai "dunia rasa" yang berbeza-beza, contohnya ada yang menukai pedas, ataupun ada yang tidak. Itu semua dipengaruhi oleh faktor genetik yang berbeza-beza dan budaya sendiri-sendiri.Para penyelidik telah membuktikan bahawa di Amerika masyarakatnya adalah Supertaster yang merasakan cili, halia sangat pedas sekalih begitu juga dengan gula mereka merasakan sangat manis sekalih. Berbeza dengan taster, mereka merasakan cahe dan cili biasa saja begitu juga dengan rasa yang lain. Ini disebabkan oleh jumlah papila yang berbeza.






 p/s : Kenapa entry kali ni tentang lidah..Sebab Farah mengalami kesukaran untuk menelan makan akibat terkena ulser pada lidah, di bahagian tepi..=)
just for sharing & info for u guys..








~ S.a.Y.@.N.g ~

5 perkara yang anda perlu lakukan pada awal pagi

Motivasi - Rakyat Malaysia khususnya telah dibiasakan untuk membaca surat khabar pada awal pagi lagi. Perbuatan ini lebih baik dielakkan. Ini adalah kerana sekiranya kita membaca surat khabar pada awal pagi, otak kita secara tidak langsung telah dibebani dengan permasalahan yang diceritakan. Ini juga akan mempengaruhi komitmen kita terhadap kerja yang kita bakal lakukan. Anda dinasihatkan untuk membaca buku2 yang berbentuk motivasi pada awal pagi untuk mencergaskan otak anda dan meningkatkan lagi komitmen anda terhadap kerja yang anda lakukan.

Merancang - Adalah lebih baik sekiranya anda mengamalkan untuk merancang perkara yang anda ingin lakukan pada hari tersebut dari awal pagi lagi. Ini adalah sebagai panduan dan membuatkan kehidupan kita lebih tersusun dan sistematik.  Kepentingan merancang adalah kerana setiap manusia di muka bumi mempunyai tujuan dan matlamat yang tersendiri. Tidak ada seorang pun yang lahir sia2. Matlamat tanpa perancangan pula tidak memberi sebarang makna. Jadi, rancanglah kehidupan anda untuk mencapai matlamat yang anda inginkan.


Berfikiran positif - Tahukah anda bahawa pemikiran anda pada awal pagi lah yang menentukan tahap kerja yang akan anda tunjukkan pada hari itu. Bayangkan sekiranya pada awal pagi lagi anda sudah memikirkan masalah kerja, kewangan, keluarga atau sebagainya, adakah anda fikir anda mampu untuk menunjukkan hasil kerja yang terbaik yang boleh anda lakukan?? Anda dinasihatkan untuk membiasakn berfikiran positif sejak awal pagi lagi. Tetapkan bahawa hari ini lebih baik daripada semalam. Anda mungkin mampu untuk mengatasi semua masalah yang bakal anda hadapi.

Udara segar - Udara segar merupakan terapi terbaik untuk otak anda. Pastikan anda mengambil masa antara 5 hingga ke 10 minit untuk menikmati udara segar pada awal pagi. Mungkin cara terbaik untuk anda menikmati udara segar sebentar adalah ketika anda menunggu enjin kereta anda sedang dipanaskan. Nikmatilah udara segar di sekeliling anda kerana in cara terbaik untuk menenangkan dan mendamaikan diri anda.

Sarapan -  Ramai pihak yang bersetuju bahawa sarapan adalah perkara yang amat penting untuk dilakukan pada awal pagi. Tetapi anda harus bijak memilih jenis sarapan yang perlu dimakan untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan. Anda dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak terlalu berat,berkhasiat dan jangan makan terlalu kenyang ketika awal pagi. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada  cepat berasa mengantuk. Pasti anda semua tahu betapa sengsaranya kesan mengantuk ketika anda ingin melakukan kerja. Ini akan menjejaskan hasil kerja anda nanti. Pilihlah sarapan yang anda rasakan sesuai untuk diri anda.








~ S.a.Y.@.N.g ~

G.A,G,A,L

menghadapi kegagalan
Setiap orang didunia pasti amat berasa takut untuk menghadapi kegagalan. Ini terjadi kerana ramai yang memandang kegagalan itu dari sudut yang negatif. Sesuatu yang negatif dan dipandang secara negatif akan menghasilkan satu aura negatif yang besar. Seharusnya sesuatu yang negatif perlu dilihat dari sudut positif untuk anda berjaya meneutralkannya. Antara perkara yang perlu anda perlu tahu mengenai kegagalan adalah :-

(1) Apabila anda gagal, anda sebenarnya telah mengambil langkah pertama untuk berjaya.
(2) Anda akan gagal sekiranya pemikiran anda hanya memikirkan mengenai kegagalan.
(3) Kegagalan akan membantu untuk mematangkan anda membuat keputusan pada masa akan datang.
(4) Kegagalan hanyalah merupakan satu proses pembelajaran untuk anda menjadi lebih berjaya.
(5) Kegagalan untuk menghadapi ketakutan terhadap diri sendiri adalah merupakan kegagalan paling teruk.
(6) Anda tidak akan mengetahui nikmat kejayaan selagi anda tidak pernah merasa kegagalan.
(7) Kegagalan bukanlah titik noktah untuk kehidupan anda.
(8) Semakin banyak anda mengalami kegagalan, semakin dekat untuk anda menghampiri kejayaan.
(9) Kegagalan dan kejayaan adalah perkara yang sama. Apabila anda sudah bersedia untuk bermain, anda juga perlu bersedia untuk menghadapi kedua-duanya.
(10) Seorang yang takut gagal adalah seorang yang tiada keyakinan terhadap diri sendiri.
(11) Kegagalan adalah satu perkara yang seronok diceritakan apabila anda sudah berjaya.
(12) Seorang yang telah berjaya akan berasa lebih bangga untuk menceritakan kegagalan yang pernah mereka alami dan bagaimana mereka menghadapinya berbanding kejayaan.
(13) Tanpa kegagalan, kejayaan seseorang tidak akan lengkap.
(14) Gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamanya.
(15) Setiap kegagalan akan membuka peluang kepada kejayaan yang baru.
(16) Sekali anda gagal, seratus kali anda perlu yakin bahawa anda akan berjaya.
(17) Risiko akan menghasilkan dua jawapan sahaja, kejayaan atau kegagalan.








~ S.a.Y.@.N.g ~

3 cabaran perkahwinan muda

cabaran perkahwinan muda 

Perkahwinan muda adalah digalakkan kerana merupakan satu alternatif terbaik untuk mengurangkan gejala sosial pada waktu ini. Statistik juga menunjukkan peningkatan kes pembuangan bayi antara tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa masalah sosial semakin berleluasa. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan perkahwinan muda. Tetapi, pasangan yang ingin berkahwin muda haruslah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang berkemungkinan akan dialami.

  • Kadar perceraian - Mengikut kajian yang telah dijalankan, kadar perceraian antara pasangan yang berumur bawah 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding pasangan yang dewasa. Ini berkemungkinan disebabkan atas faktor kematangan pasangan tersebut. Sebaiknya, pasangan yang merancang untuk berkahwin muda harus mempersiapkan diri dari segi mental mahupun fizikal terlebih dahulu. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Pastikan anda telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Psikologi - Apabila anda sudah bersedia untuk berkahwin, anda perlu memahami mengenai konsep perubahan psikologi yang perlu dilakukan. Ini merupakan masalah utama untuk pasangan muda kerana mereka masih tidak bersedia untuk melakukan perubahan. Sekiranya anda masih mengikut rentak kehidupan bujang yang dilalui sebelum ini, sudah pasti ia akan membawa masalah terhadap keluarga anda. Perkara ini seharusnya dielakkan dan memerlukan perancangan untuk anda menghadapinya. Komunikasi antara pasangan adalah jalan terbaik
.
  • Tekanan keluarga - Sememangnya, pasangan muda akan mendapat lebih tekanan daripada keluarga. Terutamanya terhadap pasangan yang masih bergantung dari segi kewangan. Cuba elakkan masalah ini secepat mungkin. Sebaiknya, kepada sesiapa yang telah merancang untuk perkahwinan muda, pastikan anda dapat elakkan daripada pergantungan ini. Kehidupan tidak perlulah terlalu mewah, cukup sekadar anda sudah mampu untuk berdikari bersama pasangan. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada menerima pelbagai tekanan yang mungkin akan menimbulkan konflik antara pasangan.
Sekiranya anda telah bersedia untuk menghadapi cabaran ini, tiada masalah untuk anda berkahwin pada usia yang muda. Ia amatlah digalakkan. Cubalah untuk melakukan yang terbaik untuk keluarga anda, sebagaimana ibubapa anda cuba memberikan yang terbaik untuk anda.







~ S.a.Y.@.N.g ~

5 cara untuk katakan ‘TIDAK’ terhadap ibubapa

Untuk membangkang sesuatu keputusan ibubapa adalah suatu perkara yang sukar. Sekiranya anda tersalah dalam cara untuk anda menyampaikan ketidaksetujuan pendapat terhadap sesuatu perkara itu, pasti ia akan menimbulkan pelbagai masalah. Tetapi anda harus faham, ibubapa anda juga manusia yang mungkin kadang-kadang tersilap membuat sesuatu penilaian. Dan anda seharusnya tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini tanpa menimbulkan permusuhan.

INI CARANYA :

Masa - Anda seharusnya bijak untuk mencari masa yang sesuai untuk menerangkan sesuatu ketidaksetujuan itu. Ini adalah kerana untuk menerangkan sesuatu dan untuk memberikan ibubapa anda kefahaman mengenai sesuatu perkara ia akan mengambil masa. Sebagai contoh, sekiranya ibubapa anda sedang dalam keadaan marah, tunggu sehingga kemarahan mereka reda sebelum anda membentangkan hujah anda. Perbincangan yang dipengaruhi emosi kebiasaannya akan menghasilkan keputusan yang mengecewakan.

Beri alternatif lain - Ketika anda sedang cuba memberikan penerangan terhadap ibubapa, jangan lupa untuk memberi alternatif lain. Cuba elakkan daripada menerangkan sesuatu masalah itu dengan panjang lebar kerana ia akan merumitkan lagi keadaan. Lebih fokus untuk menerangkan apa yang anda ingin buktikan kepada mereka. Sebagai contoh, ibubapa anda menghalang anda daripada menceburi bidang kerjaya yang anda minati, fokuskan penerangan anda terhadap matlamat yang anda ingin capai di dalam kerjaya pilihan anda.

Lakukan perbincangan secara peribadi - Anda perlu faham, lumrah manusia yang lebih berusia pasti perasaan ego mereka lebih tinggi. Untuk menyampaikan sesuatu penerangan, anda tidak perlu untuk menyampaikannya dihadapan semua adik beradik yang lain. Cuba lakukan perbincangan secara bersemuka. Dikhuatiri sekiranya anda cuba untuk menerangkan di hadapan adik beradik lain, anda pula dianggap seolah-olah lebih pandai daripada mereka untuk memberikan pengajaran. Perkara ini anda perlu elakkan.

Elakkan penerangan yang terlalu terperinci - Penerangan yang anda berikan biarlah ringkas tetapi padat. Seperti yang sudah dinyatakan, lebihkan fokus untuk menerangkan matlamat yang anda ingin capai berbanding menceritakan sesuatu masalah itu dengan lebih panjang lebar. Ini adalah kerana anda perlu faham prinsip  emosi manusia. Seseorang yang didalam emosi kemarahan, kesedihannya atau pelbagai emosi negatif lain kebiasaannya akan memberikan fokus terhadap sesuatu kata-kata yang indah berbanding perkara yang akan merungsingkan mereka lagi. Penerangan secara ringkas dan padat adalah jalan terbaik.

Pertimbangan - Sebelum anda melakukan sesuatu pembangkangan, anda seharusnya terlebih dahulu memikirkan pro dan contra terhadap sesuatu masalah itu. Jangan sesekali melakukan pembangkangan tanpa anda sendiri tidak tahu kebaikan atau keburukan sesuatu keputusan. Sekiranya anda sudah betul-betul yakin dengan keputusan yang ingin anda lakukan, barulah anda cuba untuk memberikan penerangan terhadap ibubapa. Seseorang tidak akan mampu untuk memberi kefahaman kepada orang lain sekiranya mereka sendiri tidak faham mengenai sesuatu perkara itu.








~ S.a.Y.@.N.g ~

KEYAKINAN DIRI



Keyakinan diri adalah penting untuk menguruskan segala aktiviti didalam kehidupan seseorang. Ini kerana adalah mustahil untuk anda sentiasa bergantung terhadap orang lain.Keyakinan diri adalah merupakan satu proses yang berterusan untuk anda sentiasa meningkatkan taraf keyakinan anda.

Dibawah ini ada sikit panduan yang Farah rasa ianya amat berguna sekali untuk kite meningkatkan keyakinan diri, selamat mencuba..

(1) Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Anda pelu terlebih dahulu mengetahui apakah pencapaian yang membawa makna untuk anda. Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.

(2) Bina minda yang kuat- Pemikiran adalah perkara yang mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya. Tetapi ia sebenarnya memerlukan latihan dan pemakanan yang baik. Mulakan latihan minda anda daripada sekarang.

(3) Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, berkomunikasi dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.

(4) Memahami konsep keyakinan diri- Untuk anda sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri, anda perlu terlebih dahulu memahami apakah konsep keyakinan diri. Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi, ia adalah merupakan proses yang berterusan. Ia bermakna apabila anda tidak berasa yakin untuk melakukan sesuatu, anda perlu membinanya sehingga anda berasa yakin. Begitu juga untuk proses seterusnya yang pasti lebih mencabar. Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung, anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat. Apabila anda menghadapi masalah yang sebelum ini anda pernah hadapinya, pasti tidak akan timbul kesukaran untuk anda menyelesaikannya.











~ S.a.Y.@.N.g ~