Isnin, Januari 23, 2012

qong Xi qong Xi...

selamat tahun baru cina
kepada semua rakyat Malaysia
yang berbangsa Cina...





~ S.a.Y.@.N.g ~

Isnin, Januari 16, 2012

RINDU SELAMANYA ^_^

ASSALAMMUALAIKUM...

urmm.riNdu nye kat blog ni
Farah sekarang ada di Terengganu Darul Iman
kenapa Farah ada di sini ye..?


Sebab Farah amek kursus
6 bulan kat Giatmara Batu Rakit...

Tak susah untuk Farah sesuai kan diri
dengan suasana di sini
=)

I'm happy here..
ada kawan-kawan baru
yang rata-rata nya
bawah umur dari Farah

but it's ok...
berkawan tak kira berapa pon usia kite kan...


Kenapa Farah dah lama tak update blog..
sebab dari en3 terakhir hari tu
Farah dah start bz..
menyelesaikan segala kerja yang tertunda
dan juga menguruskan segala
keperluan Farah di Terengganu...

Lagipun Farah tak de broadband
so..tak dapat ler nak online
segala aktiviti harian Farah dengan 'tenet'
pon tergendala...
'cc' kan ada..?
 Farah malas nak p 'cc' ok...=)
Lagipun kena berjimat cermat...

sekarang ni Farah on9 kat Makmal Komputer Giat
urmmm.....

Rindu yang tak terkata
kat mY beloved blog ni....
ok lah..
cukup setakat hari ini...
=)






p/s : tak taw ble dapat update lagi...=(




Isnin, Disember 19, 2011

BUAH MARKISA


Terlalu banyak manfaat buah markisa bagi kesihatan. Ini berkaitan dengan kandungan nutrisinya dan manfaat buah markisa yang berkhasiat sebagai pereda sakit, anti-kejang, kolitis, penenang, dan antiradang. Gangguan seperti sembelit, disentri, insomnia, gangguan haid, batuk, serak, tekak kering juga boleh dihalau dengan buah ini. Isi buah markisa digunakan untuk merilekskan saraf saat sakit kepala, meredakan cirit-birit, dan neurastenia (keletihan kronik, lemah, tidak nafsu makan, tidak boleh konsentrasi, dan susah tidur).

Penelitian invitro di University of Florida juga mendapati bahawa ekstrak buah markisa kuning banyak mengandungi fitokimia yang mampu membunuh sel kanser. Fitokimia tersebut antara lain polifenol dan karotenoid. Kandungan fitokimia yang lain dalam markisa adalah harman, harmol, harmalin, passaflorine, harmine, karotenoid, viteksin, krisin, dan isoviteksin. Sedangkan kandungan gizinya antara lain: tenaga, lemak, protein, serat, mineral, kalsium, fosforus, zat besi, karoten, tiamin, riboflavin, niasin, asid askorbat, dan asam sitrat.

Markisa membuat lebih mudah tidur
Markisa kaya dengan vitamin-vitamin B yang menenangkan dan potassium yang merilekskan sistem saraf. Orang-orang Amerika Selatan secara tradisional makan markisa untuk membantu tidur. Bahkan menurut mereka, makan 1 buah markisa sebelum tidur boleh membuat mimpi indah.

Markisa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan gejala alergi kronik. Juga pemulihan keadaan pesakit hati dan buah pinggang, serta mencetuskan peningkatan kekebalan tubuh dan kekuatan antibodi dalam darah. Bahkan, markisa juga mampu menapis, mengasingkan, dan membuang racun dari dalam tubuh. Selain itu, boleh meningkatkan kesegaran kulit tubuh dan merangsang pertumbuhan sel muda pada kulit wajah. Dari hasil kajian makmal, markisa mengandungi vitamin C dos tinggi dan antioksidan.



p/s : Buah Markisa ni satu2 nye makanan yang boleh membuat Farah kecur Aer liuq...=)
Sangat sangat sedap...urmmm...
 
 
 
  ~ S.a.Y.@.N.g ~

Ahad, Disember 11, 2011

Episod 2 : Fatihatul Kitab (Bahagian 1)

Episod 2 : Fatihatul Kitab (Bahagian 2)

LIMAU NIPIS..WANGI NYE...

Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.
Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.
Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.

PENANAMAN

Limau nipis biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau nipis juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan.
Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

BUAH

Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.
Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur.
Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan.
Bagi suri rumah pula, buah limau nipis sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai perisa masakan dan makanan.
Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut.

KHASIAT & KEGUNAAN

~ Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C.
~ Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain.



P/s : Farah seminggu sekali amalkan minum perahan sebiji air limau nipis + secubit garam (hujung jari je)..Jangan campur air tau..
Elok untuk bersihkan bahagian dalaman perut TAPI kalau kalian seorang yang sentiasa berlapar TOLONG jangan lakukan minuman diatas..




~ S.a.Y.@.N.g ~