Khamis, November 24, 2011

yeeewww...Busuknya....=(

sumber : Google...

Banyak orang menyangka bahawa peluh berlebihan menyebabkan bau badan. Hal itu tidak benar. Sekitar 99% kandungan peluh adalah air murni yang tidak menimbulkan bau. Bakteria dan kulat tertentulah yang mengurai peluh dan melepaskan bahan kimia yang mudah menguap dan menyebarkan bau tidak sedap.

Bau badan dalam kadar sedang adalah perkara biasa. Kita baru merasa terganggu apabila kadarnya sudah berlebihan. Setiap ketidakseimbangan dalam tubuh boleh menyebabkan bau badan berlebihan:

  1. # Ketidakseimbangan diet. Kekurangan magnesium atau zink dan terlalu banyak memakan daging, makanan yang banyak mengandungi kolin (telur, hati ikan, dan kacang-kacangan), bawang merah, bawang putih, jengkol, makanan pedas tertentu, kopi dan alkohol, gorengan dan makanan berlemak boleh menyebabkan bau badan.
     
  2. # Stres emosional. Kelenjar peluh di ketiak dan selangkangan mengeluarkan zat kental yang menjadi penyebab bau badan. Zat yang mengandungi protein, karbohidrat, dan lipid ini biasanya keluar lebih banyak saat sedang mengalami stres emosional (marah, takut, kegembiraan). Jika tidak segera mandi, bakteria akan mengurai bahan tersebut sehingga menyebabkan bau badan.Gejolak hormon. Bau badan yang buruk juga boleh disebabkan oleh naik turun hormon seperti pada anak-anak yang sedang menjalani tempoh baligh dan perempuan yang mengalami putus haid. 
  3. # Kelainan genetik. Orang-orang tertentu secara genetik cenderung mempunyai bau badan yang kuat. Sebuah kelainan genetik langka yang disebut trimetilaminuria (atau "sindrom bau amis"), menyebabkan seseorang mempunyai bau amis di nafas, keringat dan urinnya. Sindrom ini disebabkan oleh kecacatan dalam enzim yang memecah trimetil-amina, produk sampingan dari pencernaan protein yang dikeluarkan oleh bakteria yang ada dalam usus.
     
  4. # Penyakit. Beberapa penyakit boleh menyebabkan bau badan yang buruk. Salah satu penyakit paling biasa yang boleh menyebabkan bau badan adalah diabetes. Hal ini terutama berlaku apabila gula darah pesakit kurang terkawal sehingga mengembangkan keadaan yang disebut ketoasidosis. Keadaan ini tidak hanya menyebabkan bau badan tetapi juga bau nafas yang khas. Bau badan yang buruk juga boleh menjadi petanda penyakit liver atau buah pinggang yang teruk di mana tubuh tidak mampu memproses dan mengeluarkan racun tertentu. Keadaan ini dapat dipastikan dengan ujian darah yang mengukur fungsi buah pinggang dan hati. Kadang-kadang, tiroid yang terlalu aktif juga boleh menyebabkan masalah bau badan kerana kecenderungan pesakit untuk berpeluh berlebihan.

Di bawah ni ada cara-cara mengatasi masalah ini..
selamat mencuba...

Cara menghilangkan bau badan dengan meminum rebusan daun sirih, bisa dengan mengoleskan buah mentimun pada bagian badan Anda yang berbau kurang sedap contohnya di bagian ketiak atau di bagian leher kebawah.


Rajin Mandi
Mandi adalah langkah awal yang baik untuk mencegah bau badan. Mandi dengan pancuran air lebih baik dibandingan mandi dengan berendam kerana selama air memancar maka akan lebih banyak kotoran dan bakteria yang terbuang dari badan berbanding dengan aliran air yang berterusan dan tidak mengalir.

Jaga kebersihan badan
Bau badan dipengaruhi oleh kebiasan sehari-hari. Kerana itu, jagalah kebersihan badan untuk mencegah bau badan.

Gunakan antiperspiran
Deodoran umumnya mengandungi zink dan aluminium yang berperanan untuk memerangi bakteria penyebab bau badan. Sedangkan antiperspiran bekerja dengan cara menyebabkan kelenjar peluh sehingga bakteria tidak dapat berinteraksi dengannya, Sabun antibakteria juga boleh membantu membunuh kuman di tubuh.

Nutrisi yang tepat
perbanyak minum air, nutrisi dan buah-buahan yang mengandungi antioksidan. Elakkan makan dan minuman yang mengandungi kafein dan lemak. Bakteria sangat suka pada peluh yang banyak mengandungi lemak. Banyak memakan cecair akan mengurangkan kerja kelenjar peluh apokrin sehingga dapat meminimumkan berlakunya bau badan.

Konsumsi sayuran hijau
Sayuran berbau wangi seperti daun kemangi sangat bagus untuk menghilangkan bau badan. Dan bau badan vegetarian lebih baik berbanding mereka yang mengambil daging. Elakkan memakan sayur-sayuran yang berbau menyengat seperti jering, petai dan seumpamanya. Begitulah cara mudah dan alami mengelakkan bau badan, walaupun konon bau peluh di ketiak lelaki ternyata berkhasiat untuk wanita tapi kalau baunya naudzubillah, kesannya menjadi lain.


Cara Mengatasi Kulit Ketiak Hitam :
 Untuk mengatasi masalah Ketiak Hitam tersebut, anda boleh melakukan beberapa Penjagaan Ketiak Hitam tradisinal seperti berikut:

Kulit Ketiak Hitam
Kulit Ketiak Hitam bikin risih dan malu pada umumnya kaum hawa. Walaupun tidak pernah atau jarang mengenakan pakaian tanpa lengan, anda pasti juga rimas dengan warna kulit ketiak yang kehitaman. Apalagi ada saat tertentu anda harus mengangkat tangan sehingga ketiak yang menghitam ini mengintip di celah-celah lengan baju.

 
bengkuang
Cuba sapukan masker bengkuang pada ketiak anda. Sekurang-kurangnya, lakukanlah ritual ini dua kali seminggu. Ada dua pilihan masker bengkuang yang boleh anda pilih. Pertama, anda boleh membeli masker bengkuang yang siap pakai. Kedua, parut halus bengkuang dan sapukan pada ketiak anda. Untuk hasil maksimum, diamkan sekitar 10 minit. Sebaiknya, lakukan ritual ini pada malam hari.

Lemon dan timun
Parut timun secukupnya dan campurkan dengan lemon. Setelah itu, sapukan secara merata pada ketiak, dan diamkan selama 15 minit.

Selain cara di atas, anda juga boleh melakukan scrub sesaat sebelum mandi. Scrub ini berfungsi untuk mengangkat sel-sel kulit mati yang terkumpul pada kulit ketiak. Akan tetapi, yang perlu diingat adalah anda tak dibenarkan melakukan ritual ini terlalu kerap kerana boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan